Wednesday, February 24, 2016

MURAL DI PENANG STREET ART

Sejak 3 ke 4 tahun lepas, kemasukan pelancong ke George Town, Pulau Pinang agak mendadak. Salah satu faktornya adalah lukisan dinding atau mural yang teramatlah menarik lagi mencuit hati kita apabila melihatnya. Macam ada jiwa. Unik pulak tu. Conteng-conteng dinding yang tak berjenis dianggap vandalisme. Selain faktor gelaran syurga makanan yang diberikan kepada Pulau Pinang kerana mampu menyajikan pelbagai jenis makanan seperti nasi kandar , char koey teow, pasembor , rojak tonggek , laksa . Sekadar menyenarai beberapa nama makanan yang boleh menggoda selera anda yang berkunjung ke Pulau Mutiara. Tambah lemak pun ya. 


Pada tahun 2012, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (sekarang dah jadi Bandaraya) ni suruh artis Lithuania ,Ernest Zacharevic untuk buat satu projek seni jalanan di George Town yang dikenali sebagai "George Town Mirror' yang terdiri daripada beberapa lukisan mural berskala besar di lokasi yang berbeza dari bandar lama. Dalam erti kata lain, menghidupkan kawasan yang "mati". Kiranya jadikan kawasan yang tak berapa meriah dengan orang agar tempat itu jadi lebih menarik dan ceria. Sebab umum tahu, yang bangunan di kawasan George Town kebanyakannya adalah bangunan-bangunan lama .

Aku cadangkan kepada pelancong yang berhasrat nak pi street art hunting di George Town, muat turun dulu Google Maps bandar ni. Plus yang terkini boleh guna offline map. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, anda akan nampak lebih terperinci setiap lorong-lorong kecil di George Town ni . Tambahan lagi, banyak karya seni pelik dan mungkin membuat anda terkejut pun ada kalau anda rajin merayau menyelinap di setiap lorong dengan teliti. "Hidden Gem" orang putih kata. Ramai yang repeat sebab terlepas pandang beberapa karya seni yang tak berapa menonjolkan saiznya. hehehe. Lagi senang daripada menggunakan brochure yang anda semua dapat dari kedai-kedai dekat kawasan street art atau hotel yang anda menginap.




Tips, sila jalan kaki untuk lebih senang menyelusup lorong-lorong tikus dan lalu di kaki lima rumah kedai untuk berteduh tatkala berpeluh . Digalakkan bawa payung. Air masak pun penting taw. Cuaca ya ampun panas sangat sekarang ni. Part ni aku cerita pasal street art by Ernest Zacharevic dulu. Lagipun, karya street art di Pulau Pinang ni semakin bertambah dari bulan ke bulan. Too many too be explained and explored. Lenguh kaki nak menapak mencari semua mural atau karya seni dalam satu hari di sini.



Aku memang duduk di Pulau Pinang tapi bukan belah Tanjung aka Penang Island. Jadi, kena naik feri dengan harga RM1.20 bagi seorang dewasa untuk seberang ke belah pulau.

ferry management
JUST DROP THE COINS

KOMTAR
PENANG ICONIC BUILDING "KOMTAR" DARI TENGAH SELAT KELIHATAN

So called "pelayaran" tu ambik masa dalam lebih kurang 15 ke 25 minit camtu la.. depend kalau port tu kosong, boleh la feri tu terus berlabuh. Kalau ada feri lain, memang kena queue kejap la kat laut tu.

feri pulau pinang
WAJIB NAIK FERI KALAU DATANG PULAU PINANG

kerusi feri pulau pinang
KERUSI FERI

Dah sampai tu kena la tengok maps Peta untuk ernest punya streetart .


Little Children on a Bicycle
THE FAMOUS ONE, "LITTLE CHILDREN ON A BICYCLE" , ARMENIAN STREET.


Boy on a bike
"BOY ON A BIKE" , AH QUEE STREET


Little Boy with Pet Dinosaur
"LITTLE BOY WITH PET DINOSAUR" , AH QUEE STREET


Little Girl in Blue
"LITTLE GIRL IN BLUE" , MUNTRI STREET

Nampak agak menyeramkan kalau dilihat dari segi mood dan ekspresi budak tu.





minions
MINIONS THE GUARDIAN

Ada lagi dua ke tiga mural sebenarnya tapi tak sempat nak snap, sebab ramai sangat pelancong nak bergambar .Dah la nak posing ala2 ANTM bagai.. Ada dua mural kot dah macam luntur warna sikit.. Dok kena hujan panas. Luntur la cat dia..






No comments:

Post a Comment