Sebahagian kawasan Penaga adalah pesisir pantai. Tapi sekarang banyak kawasan pantai di Penaga ni dah tak berpasir landai sangat disebabkan faktor alam semula jadi iaitu hakisan ombak dan populasi pokok api-api yang semakin bertambah. Antara kawasan pantai yang masih lagi pantai adalah di Kuala Muda. Yang terletak di muara Sungai Muda. Nak lagi tepat, dekat Pasar Bisik yang popular dengan cara belian hasil laut secara pukal melalui kaedah berbisik.
Petang hujung minggu lepas , melayan anak-anak menakan beriadah di Pantai Kuala Muda. Yeahhh!!! Let's go to the beach !!! Kalau nak view sunset yang stunning, dekat sinilah portnya. Memang takkan mengecewakan bagi sesiapa yang gemar membidik kamera untuk pemandangan matahari terbenam.
|
KOREK PASIAQ ADALAH AKTIVITI WAJIB |
|
DEPA LAYAN PANTAI, AKU LAYAN NI DULU |
|
LANDAK LAUT YANG DAH KOJOL KAT PANTAI |
|
MAIN ATTRACTION "KEPAH". TAPI BUKAN MUSIMNYA LAGI |
|
SUNSET THE FIRST MAIN ATTRACTION |
|
MATAHARI DAH NAK TIDOQ |
|
JOM BALIK |
No comments:
Post a Comment