Tuesday, April 5, 2016

CUBAAN SEJUKKAN DIRI DI BUKIT HIJAU

air_terjun

A
gak lambat cerita ini di publish. Waktu cuti sekolah bulan Mac lepas, kakak aku ajak pi mandi air terjun kat Lata Bukit Hijau. Lokasinya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas , Baling , Kedah. Agak lama tak mai mandi air terjun sebab dok dengaq pasai penyakit kencing tikus (Leptospirosis)yang boleh bawa maut tu. Bajet asalnya nak menyejukkan diri ketika Ekuinoks melanda dengan berendam dalam air.



Kami pi konvoi 2 biji kereta yang penuh dengan anak2 menakan. Perjalanan dari rumah makan masa sejam
lebih gak la. Kena lalu banyak hutan sawit sebelum nak sampai destinasi. Nak masuk kena bayar rm3 untuk parking.Masa kami sampai tu, tak berapa nak ramai sangat pengunjung. dapat ja parking, teruih kami pi port biasa kami dok berkelah. 


Macam biasa, dah nama air terjun, mesti kena naik turun tangga. Makan sikit baru terjun. Adala bekalan spaghetti , ayam bakar, sosej and so on. Aku tak terjun sangat pun.. sebab air tak banyak.. tak dalam , so tak boleh la nak terjun ala2 Pandalela Rinong sangat kan.. haha.. over. Air terjun ni pun dah tak sesejuk dulu. Kalau dulu memang terketaq2 sejuk kedi la (kedi tu padia?). Tapi boleh laa , jadi badak berendam sat. hihihi

kanopi_di _lata_bukit_hijau
KANOPI NIPIS



WAKAF ATAU PONDOK YANG DISEDIAKAN



mandi di bukit hijau
AIR CETEK 

Rama-rama,Kupu-kupu
RAMA-RAMA / KUPU-KUPU / BUTTERFLY


ikan sungai
MAIN TANGKAP ANAK IKAN


rendam_kaki
FISH FOOT SPA.. TAK DAK IKAN PUN.




Nak cerita yang tak best, sampah sarap yang dok ada kat gigi air.. berlambak.. tambah papers pulak kot atas.. no manners.. langsung tak dak kesedaran sivik, Bukan tak disediakan tong sampah. Ada ja.. Orang2 pemikiran kelas ketiga memang macam tu kot. Malas nak bergerak jalan sikit. Ikut dan ja. Selamat tak dak "balak" yang lalu masa mandi. Eyuww.



BUMBUNG SALAH SATU INFRASTRUKTUR YANG ROSAK


pokok_tumbang_bukit hijau
POKOK TUMBANG MERENTASI LALUAN TANGGA

wayar_berselirat
WAYAR BERSELIRAT

stone
TAK SNAP PULAK YANG ADA PAMPERS TU

kutip_sampah
KAMI TENGAH BUAT KERJA AMAL

signboard_jaga_kebersihan
IRONI



Selain tu, kerusi dekat medan selera yang dekat parking tu pun banyak yang dah rosak. Sempena Discover Kedah 2016 ni ,harap2 pihak pelancongan Negeri Kedah mai la tengok2 apa yang tak kena.. dan bukan takat mai tengok, buatlah sesuatu.. demi menjaga nama negeri Kedah sendiri bagi menarik lebih ramai pelancong. 

No comments:

Post a Comment