Tuesday, April 26, 2016

IPOH WALL ART BY ERNEST ZACHAREVIC

Ipoh sememangnya terkenal dengan kawasan warisan dan makanan yang sedap-sedap. Suasana bandar Ipoh yang dulu hanya dikelilingi bangunan-bangunan yang berdindingkan cat yang luntur dan kusam kini telah berubah drastik menjadi lebih ceria dan menangkap mata. Ini bermula setelah syarikat yang terkenal dengan produk kopi putihnya iaitu tak lain tak bukan, Oldtown White Coffee yang bekerjasama dengan seorang artis pelukis dinding yang terkenal berasal dari Lithuania, Ernest Zacharevic. Iaitu individu yang sama bertanggungjawab menjadi perintis Penang street art.

Projek seni dinding kreatif "The Art of Oldtown" di Ipoh ini bermula sekitar awal tahun 2014. Bagi bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke bahagian bandar lama Ipoh. Rata-rata mengetahui yang karya Ernest banyak menggabungkan sosio budaya masyarakat tempatan. Beliau bijak menggabungkan suasana atau gaya hidup orang kat situ pastu tambah la objek atau kehidupan alam yang memang sedia ada. Lalu terhasillah karya yang menakjubkan dan menjadi ikonik. Voila!!! Beliau menghasilkan 7 buah mural di sini. Yang berkereta tu boleh parking dekat depan Padang Ipoh. Tak pun dekat Cafe Old Town yang besaq tu.


lorong di bandar lama Ipoh
SENJA DI IPOH KONSEPNYA





Aku dapat jumpa 5 mural saja (quite ok la bagi as non local) disebabkan aku pi street art hunting ni tanpa persediaan, nak dekat malam pula tu. Dah la lampu macam tak berapa nak meriah kat kawasan ni. Tak berapa nak happening macam dekat Penang. Tapi tak aci la nak bandingkan dengan Penang. Sebab kat Ipoh ni pun baru lagi. baru tak baru sangat dah. Nasib kau lah kan!!! Kalau nak lagi senang, jalan kaki jaa sebab nak kena masuk lorong kecil yang ada longkang, anjing bagai ni. Tapi pastikan ada peta atau walking trail dalam tangan supaya tak sesat atau pening kepala nak cari lokasi mural dan takkan tertinggal satu mural pun. Walaupun sebenarnya jarak dari satu mural ke mural lain kalau ikut urutan memang dekat je.



rumah kedai lama di ipoh
RUMAH KEDAI LAMA



peta ipoh street art ernest
PETA LALUAN UNTUK SETIAP LOKASI MURAL
:: Photo courtesy of Ipoh-city


Le arts

Old Uncle with Coffee Cup [photo is unavailable] -lokasinya berhadapan dengan Pusat Maklumat Pelancongan Perak


PAPER PLANE
Dilukis pada dinding bangunan 4 tingkat. Mula-mula tu tak perasan sebab nun tinggi sangat, gelap plak tu. Melangut 360 darjah la jugak. Tapi kalau mai time langit cerah, mesti nampak lagi 3D real.



kopi o mural by ernest zacharevic in ipoh
KOPI "O"
Sinonim Ipoh .Tempat kelahiran kopi katanya.



hummingbird mural by ernest zacharevic in ipoh
HUMMINGBIRD
Mural burung setinggi 5 kaki ini ada dahan pokok merimbun kat depan paruhnya tu. Tapi kena tebang at that time. Too bad.


Evolution [Photo are unavailable] - Menggunakan chinese ink. Dulu kala Ipoh menjadi tempat perlombongan bijih timah yang terkenal. 



mural girl on stool by ernest zacharevic in ipoh
GIRL

Sepatutnya ada kerusi merah yang real kat bawah kaki budak perempuan tu dan tambahan 2 3 buah buku sambil dia menjinjat sikit untuk mencapai burung dalam sangkar kat atas tu. Tapi macam biasa la, vandalisme, hilang.


WORKING TRISHAW

Bagi yang nak tengok video dan gambar semasa proses pembikinan kesemua mural ni , sila masuk website says ni.


No comments:

Post a Comment