Sunday, April 10, 2016

OPENLY INSECURE



tiada keyakinan

Yang hitam nak jadi putih. Yang tak berjambang nak berjambang. Yang elok ada kening, pi tobek-tobek bagai. Yang ada rambut, gigih pi cukur botak sebelah (baca qaza) Yang kurus nak jadi lagi kurus pun ada. Dan banyak lagi contoh alat atau produk untuk penambahbaikan yang berlambak di pasaran sekarang. Tambahan pula dengan adanya "online shopping" dan "social network" yang pelbagai sekarang ini. 

Sebenarnya, ini adalah contoh orang yang rasa "tak selamat". Bukan! No! No! No! Bukan "tak selamat" nak hilang nyawa kena langgar kereta ke hape. Tetapi ini pasal keyakinan individu terhadap kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. In other words , sangsi atau was was.


Kekurangan atau kelebihan seseorang itu adalah subjektif pada pandangan orang-orang yang berbeza. Kadang-kadang kita langsung tak nampak kekurangan individu tersebut disebabkan dia mampu membawa diri dengan yakinnya tanpa menunduk malu memandang ke bawah. FLAWLESS. Malah , yang kononnya ada kelebihan tu pun boleh end up dengan malu sendiri kalau terlampau bergantung kepada kelebihan yang dia ada.Kita terlalu berusaha untuk mencari kesempurnaan, sampai kita tak pernah fikir tentang ketaksempurnaan yang memang ada pada setiap kesempurnaan yang kita nampak pada pandangan mata kasar kita.



Try uols hayati dan dalami lirik lagu Beautiful nyanyian Christina Aguilera. Its about insecure.

We are beautiful no matter what they say
Yes, words won't bring us down, no,no




Sehinggakan bila nak bercakap tentang diri kita di depan kawan-kawan pun ,kita agak segan dan macam nak hentikan perbualan dan blahh macam tu je. Sebab asyik dok fikir yang kawan2 kita tu dah lebih tahap pencapaiannya daripada kita. Kalau betul sekalipun, kenapa nak down sangat? Diorang tak cakap pape pun. Kroniknya penyakit "insecure" ni. Sometimes, bila ikhlas dipuji pun.. kita anggap itu hanyalah kata2 untuk menyedapkan hati kita.




Kita memang sooo drama queen la bila over insecure 24/7 ni. Tu la asyik dok tengok drama je, sampai boleh aplikasi kat diri sendiri pulak konflik2 drama2 kat tv tu. Siap boleh bajet ending macam mana. Jangan la terlebih fikir. Dah lebih kurang mental damage rupanya. Sebenarnya, faktor dalaman iaitu diri kita sendiri yang lebih berpotensi tinggi untuk menjadikan kita seorang yang insecure.




Bila kita rasa diri kita saja yang betul dan tindakan orang lain asyik salah je. Ini yang kita salah sebenarnya..Tapi.. Haishhhh.. susahnya nak quit dari insecurity ni.



:: Photo courtesy of captainscratchy

No comments:

Post a Comment