Wednesday, May 25, 2016

MISI MENCARI SIPUT BELITUNG

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang misi pencarian siput belitung, aku perkenalkan dahulu apa dan siapa itu siput belitung ni. Cerithidia Obtusa adalah nama saintifik bagi siput belitung atau lebih dikenali dengan nama siput sedut atas sebab caranya yang dimakan oleh manusia dengan menyedut isi siput tersebut dari arah belakang badan siput. Selain itu, ada juga orang panggilnya sebagai siput mata merah yang merupakan sejenis kerangan berasaskan siput air tawar yang halal dimakan disebabkan struktur cangkerang spiralnya yang mempunyai penutup.

Cerithidea obtusa atau mencari siput belitung
CERITHIDEA OBTUSA atau SIPUT BELITUNG


Perihal habitat siput belitung. Siput ini mendiami kawasan air tawar (lebih tepat payau), iaitu di kawasan hutan paya bakau Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Masa air laut pasang, siput belitung ini akan memanjat batang atau ranting pokok-pokok untuk selamatkan diri daripada terkena air laut yang masin secara terus. gitu.. Di Penaga, memang hampir separuh pesisir pantai adalah hutan paya bakau, jadi memang senang la untuk siput belitung bermastautin di ekosistem asli . Kelmarin (semalam bagi orang KL) , jiran ajak pi mencari siput belitung ni. Dia cari sebab nak jual, aku pun pada mulanya berniat nak jual. Sebab harga pasaran sekarang RM13.00 sekilo. Perghh.. kayo pok cik.

Lorong atau denai masuk ke hutan paya bakau
LORONG MASUK KE PAYA BAKAU

Bagi yang sedia maklum, lokasi hutan paya bakau ini adalah betul-betul di belakang kawasan perumahan Taman Penaga. Dulu kawasan ini adalah mempunyai landskap pantai yang landai. Mak aku cakap, dulu siap boleh sauk kerang lagi. Remis dan kepah memang lagi senang nak jumpa la. Sekarang landskap pantai pasir halus dah berganti dengan hutan paya bakau yang kebanyakannya pokok api-api. Oh ya!! sebelum terlupa, nak pesan bawa stok air minuman. Kot tekak haus dalam operasi mencari siput belitung.

lumpur selut paya bakau
BERSELUT

Sila pakai pakaian yang bersesuaian tema. Pakai baju lengan panjang amat digalakkan untuk mengelakkan dari mudah diserang serangga yang suka darah panas manusia. Contohnya nyamuk ke, penyengat ke.


pokok api-api dalam hutan paya bakau semasa air laut surut
NAK SENANG CARI, KENA TUNGGU AIR LAUT PASANG.


Aktiviti mencari siput belitung ni hanya sesuai untuk individu yang trill dan suka adventure. Macam aku. hahaha.. Poyo je. Risiko yang harus ditempuh ketika mencari siput belitung ni sebenarnya banyak. Ye la kan, masuk hutan. Faham-faham je la. Ular, buaya katak, ketam batu kot, tebuan itu antara cabaran yang harus diwaspadakan oleh si pencari siput belitung ni. Selain berat nak kena redah lumpur selut yang kadang kala boleh hapus leher kalau tersalah redah ikut alur anak sungai. Dan lagi satu, kena ingat jalan belakang kita. Supaya tak sesat. Kena peka dengan bunyi alam sama. Beringat yang penting. Jangan terlampau tamak sampai tak larat nak usung guni berisi siput belitung. Memang patut harganya mahal.



air laut pasang dalam paya bakau
AIR DAH PASANG

Cerithidea quadrata dan siput sedut melekap di pokok api-api
CERITHIDEA QUADRATA dan SIPUT SEDUT.


basuh siput sedut
SIPUT SEDUT

Disebabkan tak sampai sekilo hasil pencarian siput belitung, jawabnya untuk anak tekak sendiri la. Untuk hasil yang lebih bersih, gunakan hampas parut kelapa untuk mencuci siput belitung yang direndam terlebih dahulu. Lepas tu boleh la dibuat gulai tambah ubi keledek atau masak lemak. Masakan tu je yang aku tahu, dah pernah makan.



No comments:

Post a Comment