Friday, June 10, 2016

MASALAH RAMBUT GUGUR

Dah masuk 6 Ramadhan. Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Hmmmphh.. Nak bercerita ni. Masalah keguguran rambutku semakin meruncing. Tak sampai umur 30 tahun, rambut dah jarang-jarang menipis. Arrghhh.. Takutnya tengok kepala sendiri dalam cermin. Nak keluar rumah berjumpa orang pun fikir dua tiga kali. Sebab malu kot. Aku  ni bukanlah jenis yang selesa botak atau rambut pendek sangat. Rasa insecure pula.



masalah keguguran rambut
SKERI THE MERRY PLAK AKU TENGOK 



Aku sedar akan permasalahan (rambut gugur) ni sejak duduk di rumah sewa masa belajar di sebuah negeri di belah selatan Semenanjung Malaysia 5 ke 4 tahun lepas. Masa tu, roomate tegur banyak rambut bersepah dalam bilik masa nak sapu sampah. At that time, aku macam tak ambil kisah sangatlah. Sebab bila aku tengok kat cermin, tebal elok beralun lagi rambut ni.

Tapi sekarang baru aku terasa kesannya. Nak keluar rumah pun kena bertopi je. Nak cover punya pasal. Nak cakap masalah ni berpunca dari keturunan , aku rasa tak mungkin. Sebab rambut mak aku yang nak cecah 80 tahun ni pun elok je rambutnya, cuma beruban la. Nak cakap sebab masalah hormon terganggu, macam pelik bunyinya bagi aku. Jauh sekali nak kata kurang vitamin. Sebab aku makan semua jenis peringkat makanan. Bukan yang jenis tak makan sayur tu ye. Jajan cikedis tu semua dah lama aku tinggalkan sejak sekolah rendah lagi. Pernah jugak la aku dengar kalau lelaki yang simpan sikat rambut kat poket belakang seluar akan jadi botak. Tapi aku guna sikat pun tak.

Bila aku kaji-kaji balik, aku rasa masalah rambut gugur aku ni berpunca daripada penggunaan produk rambut. Sebab masa aku di sekolah menengah, hari-hari dok guna gel rambut. Setiap tingkatan tu macam bertukar jenama gel rambut. Bila dah masuk kolej, tukar pulak pakai wax rambut. Takde punca lain dah yang aku suspek.

Sekarang ni nak menyesal pun dah tak berguna. Di kesempatan ni, nak nasihat adik-adik yang baru nak up tu berhati-hati dalam penggunaan produk rambut. Chewahh.. nak nasihat orang. hahaha

Aku bukan la nak jadi Melayu yang PHD. Tapi lambakan produk perawatan masalah rambut gugur ni tak berkesan pun sebenarnya. Nan hado. Samada yang datang dalam bentuk tonik mahupun syampu. Perabih duit ja beli semua tu. Aku berani kata sebab aku pernah beli dan guna sampai ke titisan terakhir. Siap ambil gambar sebelum dan selepas lagi. Gigihnya aku. Hihihi

Mak aku kadang-kadang dok bagi juga petua kepada anaknya yang mengalami masalah rambut gugur ni. Antaranya, sapu minyak lenga/bijan , sapu lendir daun lidah buaya, lumur santan dan lumur kepala guna lendir daun bunga raya. Tapi disiplin konsistensi tu selalu terbabas. Tak istiqamah kaedahnya. Sebab tak selalu buat treatment pun. Macam mana nak elok macam ni. hahaha..

Dan aku masih lagi bertarung melawan masalah keguguran rambut ni. Sesiapa yang ada tips nak merawat masalah ni tolonglah share dengan aku ye. Dah terdesak dah ni. Nak pi Yun Nam tu tak berkemampuan lagi. Hikss..


:: Photo courtesy of idnps



No comments:

Post a Comment