Tuesday, September 27, 2016

POKEMON GO DAN KESANNYA

Sudah lebih sebulan aplikasi permainan Pokemon Go dikeluarkan. Sebelum permainan ini dikeluarkan di Malaysia lagi , sudah menerima pelbagai respon positif dan negatif. Ada sesetengah pihak melarang keras daripada bermain permainan ini. Sehinggakan terus disalah anggap oleh para netizen yang kurang membaca sebagai "permainan ini haram dari segi Islam".


Pokemon go Malaysia (fickhashim.blogspot.my)
POKEMON GO



Aku seorang yang pernah berada pada zaman kanak-kanak yang tengah popular dengan siri TV Pokemon tidak ketinggalan untuk memuat turun aplikasi ini setelah dilancarkan di Malaysia. Kiranya lebih sebulan jugak la aku main game Pokemon Go ni. Tapi tak boleh dikira sebulan jugak sebab aku tak main hari-hari. Kiranya aku main seminggu sehari je la. Tu pun kena keluar pergi Tanjung tak pun, Sunway Carnival. Atas faktor ketiadaan data internet dan juga tinggal di kawasan yang agak pedalaman bagi peta Pokemon Go. Di mana kurangnya Pokestop dan Gym. Pada hakikatnya , aku dok pekan kot. Bukan hulu banat. Tu yang level masih berada tahap rendah. huhuhu.

Nak cerita tentang the good site of Pokemon Go. Sebenarnya game ni, memerlukan kita bergerak secara realiti. Thats mean, kalau duduk tengok TV atau dok dalam bilik ja memang susah nak hatching egg dan jumpa pokemon yang pelik dan mempunyai high combat. Nak tak nak, memang kena get your ass move. Lain la kalau hang main guna fake gps atau spoofer , main cheat dan sealiran dengannya. Ini yang menghilangkan keseronokan bermain Pokemon Go. Dengan berjalan atau istilah pokemon hunting bagi pemain Pokemon, for sure la kau akan keluar peluh dengan kardio yang berjaya dilakukan tanpa kita sedari. Merecik teruk taw kalau jalan2 dekat Penang ni. Especially time panaih lit lit. Tapi memang habis kalori dibakar. Sihat pun sihat.

Lagi satu nak habaq kat ampa, aku rasa kita akan jadi peramah tak tentu pasal bagi yang bermain di kawasan yang sama. Siap boleh kopi2 satu meja sambil sembang sambil tangkap pokemon. Kat sini, para trainer akan berinteraksi sesama mereka. Contohnya tanya lokasi pokemon yang ditangkap. Malah ada yang siap bagi pinjam guna power bank lagi kot ataih. Kat sini, dah tak de beza hang kaum apa, aku kaum apa. Semua boleh jadi sekepala. Penangan Pokemon Go punya pasai.

Aku masih lagi aktif bermain PoGo buat masa ni, mungkin sampai cukup list dalam Pokedex. Atau sampai second Gen Pokemon yang ura-ura bakal dilancarkan. Tengok keadaan. Bagi yang tak bermain Pokemon Go ni tak payahla sibuk mengecam kami di socmed. Bukan kami melakukan aktiviti sumbang pun. Unless bagi yang memandu tapi gigih jugak nak "gotta catch 'em all" tu memang patut dikecam. Bukan apa, segelintir trainer yang macam depan ni la yang menjejaskan nyawa depa dan juga orang lain.

Everything should be moderate.


No comments:

Post a Comment