At first , mati-mati aku ingat ni kacang poi yang dijual kat pasar2 tani or pasar malam. Rupa-rupanya sejenis savoury. Ada roti dan kuah untuk dicicah. Kuah tu consist kacang parang yang dimasak berempah. Ditambah pula dengan telur mata kerbau, cabai, bawang, tomato dan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Memang wajib gaul pun. Barulah kacang pool namanya. Roti bakar tu boleh je digantikan dengan roti canai ke roti putih ke. Hatta capati. Tu kalau kita yang buat sendiri la kacang pool ni. Kat kedai memang tak dapatlah jepp. Memandai nak order yang tak ada dalam menu. Hihiks 😂.
Tempting ke idokk? |
Sejak dah tak bermastautin di Johor ni, memang tak pernah lagi makan kacang pool kat belah Pulau Pinang ni. Minggu lepas , pi brunch date dekat Warung
Kacang Poi Utagha yang terletak di Paya Keladi, Kepala Batas. Permatang Tinggi C to be precise. Seperti yang digembar gemburkan oleh dia. Aku memilih untuk mencuba rasa set campur dengan serunding ikan. Memang rasanya sama macam kacang pool kat Johor. Sedap kot. Harga pun berpatutan. Boleh bagi 4 bintang la. Dengan ambiance warung tepi jalan. Walaupun warung tepi jalan, tapi deko & meja kerusi tetap nak hipsturr gituh.. Insta-worthy sangat.
Menu berserta senarai harga |
Gambar warung tak snap. Sebab malu ada orang dok tengok-tengok. Hihihi.
Warung dibuka setiap hari [kecuali Jumaat sebab tutup] dari pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari.
Cari lokasi guna Google Maps
Nikmatnya...makan panas-panas..hui.....
ReplyDeleteMemang PeRdU cINta, dah sejuk tak best. keras roti nanti. ;-)
Delete