Ramadhan bakal ke penghujungnya. Syawal bakal menjelang tiba. Antara yang menjadi pencetus mood raya selain daripada lagu raya adalah iklan-iklan raya di kaca televisyen. Seperti kebiasaannya, beberapa syarikat berlumba-lumba menerbitkan iklan raya bagi menarik perhatian ramai. Contohnya Petronas dan Proton.
Tahun 2017 ni , TNB mendahului dengan meraih perhatian dengan iklan rayanya yang catchy, DUGAAN RAYA AIDA #dugaanraya. Anda pernah tengok Filem2 Stephen Chow. Contohnya Kung Fu Hustle. Anda boleh kait dengan iklan raya TNB kali ini. Menarik sangat-sangat. Uols search la kat youtube "Dugaan raya Aida". Kat bawah ni pun aku boh siap-siap untuk korang tengok.
Kisahnya , Aida yang nak balik raya dengan memenuhi permintaan ahli keluarganya yang nak baju raya. So, Aida decide nak cari duit tambahan nak beli baju2 tersebut. Macam-macam dugaan yang harus ditempuhi Aida nak balik kampung beraya. Part yang menjadi kesukaan aku adalah scene Aida dengan bosnya. Dan tak lupa air mata yang boleh masuk mata balik. Seriously? Hahahaha. Berdekah kot.
Iklan ni cukup rencah lawak,sedih dan gembira. Ditambah pula dengan idea jalan cerita serta pelakon yang memberi nyawa kepada lakonan. Iklan ni memang boleh relate la dengan TNB sebab banyak berkaitan tenaga. Contohnya baju raya adik dia yang persis baju Ramlah Ram yang berbentuk hati berlampu di dada tu. Hihihihi. Color grading yang sangat lawa buat kita rasa seronok nak tengok iklan ni walaupun sat saja. Pastu camera angle, lagu latar belakang dan visual effect sangatlah superb. Memang kreatif sungguh Reservoir Production team. Kudos.
No comments:
Post a Comment