Wednesday, July 27, 2016

ORKID BULUH ARUNDINA GRAMINIFOLIA

Anggerik atau orkid buluh, nama saintifiknya Arundina Graminifolia adalah spesies orkid dalam genus Arundina. Orkid ini banyak ditemui tumbuh di negara-negara Asia Tenggara khususnya di bahagian lereng-lereng bukit ataupun pergunungan kawasan tanah tinggi. Kat Malaysia ni, kita boleh nampak orkid buluh ni dalam semak bila lalu highway PLUS. Nak-nak kat Cameron Highland.


Bunga Orkid Buluh Arundina Graminifolia
KEMBAR CATTLEYA

Saturday, July 16, 2016

CARA SENANG MASAK SPAGHETTI BOLOGNESE SEDAP

Dalam masih mood ketupat rendang di rumah-rumah terbuka sempena Aidilfitri di bulan Syawal ni tentu dah ada yang cemuih kan? Bagi yang nak move on tu, bolehlah mencuba resepi Italian Cuisine yang simple lagi lazat ini. Iaitu Spaghetti Bolognese.


Bahan-bahan
  • Pasta Spaghetti San Remo Vermicelli
  • Daging kisar Ayamas 200 gram [lembu atau ayam] 
  • Sos Spagetti Kimball [dah mencuba brand len, yang ni jugak sedap]
  • Cendawan butang dalam tin Ayam Brand
  • Bawang besar Holland sebiji [bawang besaq biasa pun boleh jaah]
  • Bawang putih 3 ulas
  • Minyak masak
  • Air

Wednesday, July 13, 2016

MASALAH INSTAGRAM

Sekarang ni nak online Instagram pun dah macam malas. Bukan malas sebab apa. Sebab instagram tu sendiri. Sejak-sejak dibeli oleh Mark Zuckerberg si pengasas Facebook tu, Instagram pun dah terjangkit penyakit Facebook yang banyak iklan sampai ruangan news feed atau timeline pun disempitkan. Ruangan iklan pulak yang terlajak besaq. Punya tamak nak duit. Haiiyoo. Tak termasuk lagi update terkini icon aplikasi Instagram yang macam... tut.


EMOSI DAN PERASAAN

Mencari teman yang serasi dengan kita bukanlah satu perkara mudah. Tambahan pula menjaga hubungan tersebut supaya sentiasa utuh adalah satu perkara penting. Nak menjaga hubungan kena menjaga perasaan dulu.


menjaga perasaan orang emosi
HARAP AWAK FAHAM


"Janganlaa marah.. baby. Emosi je tau". Pujuk si pasangan. Nak buat macam mana kan? Dah jenis memang ada perasaan. Mestilah ada emosi. Takkan nak buat macam takde masalah pulak kan? Manusia kot, macam-macam kita rasa.. bukan robot.