Basically, mee udang ada tiga subjek penting, mee ,kuah dan pelakon utama, udang. Sayur sayuran seperti lobak merah,sawi, taugeh hanyalah sekadar pelakon tambahan yang tak kurang penting peranannya. Kuahnya memang wajib ada kandungan stok udang. Ada yang suka kuah ceroi .Ada yang suka kuah pekat. Ada yang suka pedas, Ada yang suka lite2 je. Nak ditegaskan di sini, mee rebus, mee hailam ,mee kuah dan mee udang ada perbezaannya ye. Yang ketara dekat kuahnya.
Pulau Sayak berada dalam daerah Kota Kuala Muda , Kedah. Perjalanan ke Pulau Sayak memakan masa dalam lebih kurang 25 minit macam tu laa kalau dari rumah aku area Kepala Batas. *fakta Untuk pengetahuan pembaca, lokasi restoran mee udang Pulau Sayak ini berdekatan dengan Pantai Merdeka yang berkait dengan lagu "Cinta Pantai Merdeka" yang popular satu ketika dahulu.
Kami biasa lalu ikut Jambatan Permatang Bendahari. Kalau lalu ikut jalan yang ada sekolah tu boleh nampak rumah kayu cantik yang digunakan oleh watak Manisah dalam drama famous, Mok Cun. Anda akan dijamu dengan pemandangan sawah padi. Yela, Kedah kan negeri Jelapang Padi. Tak digalakkan datang malam bagi yang tak biasa dengan kawasan kampung, sebab jalan yang agak sempit dan gelap terutama di kawasan hutan bukit-bukit kecil.
Kami biasa lalu ikut Jambatan Permatang Bendahari. Kalau lalu ikut jalan yang ada sekolah tu boleh nampak rumah kayu cantik yang digunakan oleh watak Manisah dalam drama famous, Mok Cun. Anda akan dijamu dengan pemandangan sawah padi. Yela, Kedah kan negeri Jelapang Padi. Tak digalakkan datang malam bagi yang tak biasa dengan kawasan kampung, sebab jalan yang agak sempit dan gelap terutama di kawasan hutan bukit-bukit kecil.
Kat Pulau Sayak ni ada 3 restoran mee udang , Mula-mula akan tempuh Warung Pak Su Mee Udang. Lokasi atas bukit tapi tepi pantai..Macam pelik bila fikir balik.. tapi macam tu laa lokasinya. Pastu turun bukit sikit nampak la FRI (Pusat Penyelidikan Perikanan) Pulau Sayak. Kemudian akan jumpa Restoran Usop Mee Udang iaitu restoran mee udang pulau sayak yang paling popular dalam internet. Selepas tu baru jumpa Kedai Mee Udang Segar Yaakob Hashim.
SIGNBOARD KEDAI |
Ni kedai yang aku nak highlightkan. Sebenarnya macam rumah kedai ja.
MAKAM TUNKU HAIDAR ALI SHAH |
Nak confirm lagi, depan rumah kedai ni ada makam anakanda Tunku Kudin. Bawah pokok besaq.
PULAU SAYAK |
Lets go to the beach !!!
BANGKAI LANDAK LAUT |
Sementara nak tunggu order siap, boleh la main kuis-kuis kaki kat pantai dulu.Jangan sampai basah plak. Satgi kena halau dengan tokey kedai plak.
Durasi nak tunggu makanan sampai adalah dalam 20 minit macam tu.. Paling lama setengah jam, tengok ada ramai pelanggan ke tak. Better datang awal. Aku rasa peak hour full house adalah time lunch sampai dinner.
ADA UDANG DI SEBALIK MEE |
Sepinggan mee udang = RM 9
PEDAS PEDAS SEDAP |
Udangnye freshhhh dan manehhh baq ang.
KUAHNYA DIMASAK HANYA APABILA ADA PESANAN, BUKAN KUAH READY MADE .TU YANG LAMBAT SIKIT MENUNGGU SIAP. |
SLURPPP SLURPPP |
Bismillah. Makan sambil menikmati pemandangan laut diringi hembusan bayu.. macam syurr ja kan.
Kalau musim cuti sekolah ka public holiday ka memang full house. Nak parking pun payah sebab kawasan letak kereta yang berbukit pada sesetengahnya dan terhad.
SUNSET |
Sebelum pulang, sempat menikmati pemandangan matahari terbenam di warung Pak Su. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.
Ini bukan la iklan pesanan penaja..tak dibayar pun, cuma pendapat seorang foodie.
Cari lokasi guna Google Maps
Al fatihah buat pemilik restoran mee udang...smoga roh nya di cucuri rahmat serta bersama insan beiman...aminnn
ReplyDelete