Sebenarnya, aku masih gusar untuk pi buat pasport. Sebab apa? Sebab aku masih ada masalah tunggakan dengan pihak MARA. Staf MARA pernah hubungi aku , cakap aku akan dihalang dari ke luar negara. Malah akaun bank-bank yang aku ada semua akan diblock. Kiranya tak boleh nak withdraw duit la. Hatta Tabung Haji uolss. Takut kan? Seram mendengarnya. Lagi seram aku yang mengalaminya. Sampai demam la jugak bulan puasa tu sebab fikir benda alah ni. Aku tak kaya nak bayar selepuk ribuan macam tu je. Ditambah pula nak raya time tu. Plus dengan trip ke selatan Semenanjung Malaysia yang aku tak sangka aku berjaya mengharunginya. Gigih kan, walau tak berpendapatan tetap. Cut the crap.
Sini aku nak cerita tentang perihal atau pengalaman aku pi buat passport for the first time. Lepas berfikir panjang dan masak-masak. Hurmm, sebenarnya tak panjang sangat pun. Lepas kawan aku ajak pi Singapore selepas raya melalui aplikasi Whatsapp, aku terus bersetuju untuk ikut. Padahal memang banyak masalah atas kepala ni. But I try to act like cool. Hakikatnya, Z yang rapat dengan aku saja yang tahu. Not even my family. Sebab aku perahsia dalam bab-bab masalah negara ni.
Senarai perkhidmatan imigresen Malaysia |
Pada awalnya aku bajet nak buat pasport dalam bulan Ramadhan di Pulau Pinang ja. Ala, yang dekat imigresen jam besar roundabout tu. Entah macam mana aku rasa macam tak cukup masa nak p buat pasport time tu. Dengan nak masak untuk juadah berbuka puasa bagai lagi. Ko ghase ? Dan aku rasa masih sempat kalau nak pi buat pasport lepas raya. Kiranya masih ada sisa hari sebelum trip ni.
Lagi satu, kawan yang ajak aku ni pun pasportnya dah mati atau dah tak sah untuk diguna pakai. Dia ajak aku pi buat Imigresen dekat UTC Sungai Petani di Bangunan Ukir Square. Kami pi dengan lagi sorang BFF, yang turut serta dalam trip. Sebelum ni aku ada Google juga tempat tu. Ramai yang komen perkhidmatan kat situ cepat, pantas dan tuntas. Kami sampai dalam lebih kurang pukul 12 tengahari . Sok sek sok sek pi fotostat IC bagai, dekat pukul 1 petang jugakla dapat angka giliran. Ku fikirkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Meleset sangkaan kami. Terpedaya dengan komen-komen indah lagi suci murni.
Ghuyup... |
Ramai gilerrrr nyahh. Lebih kurang lagi 30 orang , baru giliran kami. Ko ghase??? Nak tak nak kena hadap jugak laa. Oh ya! Tapi sebelum tu nak peringat pada sesiapa yang baru nak buat pasport. Sila bawa 1 salinan fotostat kad pengenalan anda. Depan belakang yer.!! Dalam pukul 3 petang tu baru kami siap ambil gambar di kaunter. Depan kaunter ye!! Dengan orang dok tengok-tengok kita tepi tu. Bertabahlah. hahaha. Pastu nak kena tunggu giliran untuk bayar kos pulak, iaitu berjumlah RM200 bagi kali pertama buat pasport dan percuma bagi pembaharuan pasport yang sudah tamat tempoh. Pasport antarabangsa sah digunakan dalam tempoh kurang 5 tahun kerana enam bulan terakhir tu, dah tak boleh guna dah. Selepas bayar, kena tunggu lagi sejam untuk mengambil nombor giliran baru bagi proses pengambilan pasport yang siap. Pukul 4 petang kami pi tempat tu balik selepas mengisi perut yang berkeroncong dari awal tengahari tadi dekat kafeteria yang ada di bahagian hujung tingkat yang sama dengan Imigresen tu. Dalam 15 minit macam tu, dapatlah aku genggam pasport sendiri. Bayangkanlah azab menunggunya.