Berhakkah seseorang itu diberi peluang kedua dalam hubungan percintaan ? Bagaimana nak pastikan diorang berhak dapat peluang kedua tersebut ? Adakah anda pasti yang diorang takkan buat onar [punca break up] lagi dalam hubungan anda?
ABANG BIKAI QUOTE |
Quote bang bikai ni macam on my face je.
Bedasarkan pengalaman aku [bajet dokter cinta sangat. Iols pernah jadi good listener to few friends about their relationship masa pillow talk session time belajaq dulu la], bukanlah teruk mana pun bila kita cuba untuk kembali bersama bekas pasangan. Walau bagaimana pun, jika proses hubungan yang sebelum ni adalah tempoh yang melukakan dan sangat stress bagi kau. Let say kau didera ke kan. Better tauk jauh-jauh la ex uols tu. Hawing dia pi planet Pluto pun tak pe kot. Bagi dia kapel dengan alien-alien kat sana pulak. Hahaha.. Better berpisah atau menjauhkan diri secara elok la. No grudge, no threat.
Tetapi , jika hang rasa macam kehilangan "sesuatu" dan rasa sentiasa mahukan "sesuatu" itu, ambil langkah untuk berhubung dengan ex tu semula. Bukanlah terus ajak kapel balik. Slow and steady. Cuba berkawan semula macam di awal perkenalan. Just go with the flow and tengok boleh pergi arah mana. Tu pun kalau dia ada hati lagi la nak kawan dengan kau. That's the second chance that we call.
Emosi itu subjektif kerana perasaan anda mungkin berubah. Mungkin sekarang kau suka yang macam ni..Next day hang suka macam tu pulak. Tak constant. [ Aku setia hujung nyawa.. haagituw ] Tak perlu kot nak tak suka terus pada orang tu hanya sebab masa silam dia dgn kau.
Apa yang menamatkan hubungan anda sebelum ini? Jika sebab personaliti dia, Sorry to say la. Personaliti seseorang tu adalah benda yang paling susah nak diubah. Waima kau sekalipun yang jenis pendiam pun akan susah nak bergaul dengan orang yang banyak mulut dan peramah dengan kau. Sebab kau bukan jenis yang banyak cakap. Bukan senang nak ubah personaliti seseorang tu.
Hubungan cinta ni macam juga komitmen-komitmen utama yang lain. Yaaa.. Love need commitment hokeyhh. Kau wajib fikir perkara-perkara yang kau berisiko hilang bila kau break dengan your special one. Adakah hanya waktu senggang [ponteng kelas] yang kau main isi dengan perkara yang tak berfaedah tengok wayang ,masa zaman cinta monyet kau dulu. Atau pengalaman , perkara yang mengubah kehidupan kau secara drastik yang kau lalui dengan pasangan yang menjangkau lebih bertahun. Fikirkan.!!! Kehilangan hubungan ini akan memberi impak yang sangat berbeza kepada kau. Satu, kau mungkin sedih meroyan dalam masa beberapa hari. Satu lagi, kau akan perlu belajar semula untuk menjalani kehidupan tanpa orang itu. From scratch uols.
Kemudian mesti ada isu atau masalah apa sahaja yang menyebabkan perpisahan tersebut berlaku. Adakah kau akan sakit hati apabila putus cinta ataupun lebih sakit hati bila cuba selesaikan isu penyebab hampa berdua berpisah. Contohnya kalau si dia ada hubungan dengan orang lain [main kayu tiga]. Lebih baik putus daripada terseksa kan?
Manusia berubah. Sedangkan pantai pun boleh berubah dipukul ombak. Ecehh. Versi baru seseorang dan bekas pasangannya mungkin boleh menjadi perfect match atau sebaliknya. Jangan melakukan kesilapan yang sama dan fikir masak-masak sebelum bertindak dalam satu-satu perkara atau isu bersama pasangan. Lebihkan timbang rasa dan saling memahami.
Tetapi jika anda rasa ia berbaloi , dan dalam jangka masa panjang ia mampu membuatkan kau dan pasangan gembira bersama. Hampa dua memang layak untuk peluang kedua ini.
p/s: Terima kasih Z [bukan nama sebenar]
Bagi abam kie la, cari je yg lain buat pengganti...
ReplyDeleteJika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.
http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html