Wednesday, January 25, 2017

KUASA CINTA

Cinta itu menyakitkan, kata orang. Tapi aku menyangkalnya. Kesepian itu yang menyakitkan. Dikecewakan itu yang menyakitkan. Kehilangan seseorang itu yang menyakitkan. Termasuklah cemburu. Ramai orang keliru benda ni semua dengan cinta. Tetapi sebenarnya, cinta lah yang menyembuhkan segala kesakitan. Cinta lah yang memaniskan semua kepahitan dan membuatkan seseorang itu kembali bernafas semula.



kuasa cinta , daun berbentuk love
The power of LOVE


Hanya kerana jika kita memarahi seseorang , tak bermakna kita berhenti mencintai beliau. Kadang yang terindah bukanlah yang terbaik. Yang sempurna tak selalu menjanjikan kebahagiaan. Namun jika kita dapat menerima kekurangan menjadi kelebihan itulah kesempurnaan yang sebenarnya.

" I love you once, I love you twice. I love you more than beans and rice "

Tuesday, January 24, 2017

PENGALAMAN MENAIKI ETS KE KL SENTRAL

Sabtu lepas, aku pergi ke Kuala Lumpur atas jemputan keluarga belah kakak ipar aku di Puchong. Entah bilalah kali terakhir aku jejak kaki di KL? Mungkin lebih 5 tahun kot. Aku memang takkan naik bas sejak-sejak dengar cerita kemalangan nahas di Johor yang baru-baru ni. Aku memang bercadang nak cuba menggunakan perkhidmatan ETS [ELECTRIC TRAIN SERVICE] sejak mula- mula diperkenalkan lagi. Cuma takde sebab kukuh. *baca=penting. untuk aku bergerak ke KL macam tu saja. Pergi Padang Besar dengan bfff haritu pun naik KTM yang biasa tu je. Free seating.



jadual perjalanan ets dari butterworth ke kl sentral
Jadual perjalanan ETS Butterwoth-KL Sentral

Aku beli tiket pergi dan balik siap-siap di kaunter kat Butterworth pada hari Selasa. Pada mulanya tengok jadual, aku nak naik pukul 7.45 pagi. Dan la aku nak breakfast dulu. Sekali laku keras pulak tiket-tiket ETS ni.

Saturday, January 14, 2017

CARA MASUKKAN LOKASI GOOGLE MAPS DALAM BLOGSPOT

Ini adalah tutorial cara memasukkan lokasi Google Maps dalam blog [blogspot] anda.



lokasi google maps

1) Pilih lokasi yang nak kita masukkan dalam post blog, menggunakan Google Maps browser.




cara masukkan lokasi google maps

2) Pilih menu yang berada di bahagia atas sebelah kiri browser.

Friday, January 13, 2017

ROTI BAKAQ TELOQ MELELEH YANG SEDAP BERLEMOIH

Baca tajuk pun dah kecur air liur kan? Betoi dak? Jangan tipu.. Haaaa.. Sebenarnya, Roti Bakaq Teloq Meleleh [RBTM] ni adalah perniagaan francais makanan yang telah membuka lebih 80 cawangannya di seluruh Malaysia.


kedai roti bakaq teloq meleleh tepi telekom kepala batas
Mai deret FULL HOUSE jaa




menu roti bakaq teloq meleleh depan telekom
MENUS



Yang aku nak cerita adalah warung cawangannya yang dibuka di Kepala Batas, dekat TM tu . Dengar cerita, warung ni memang selalu full house. Masa aku pi pun ada 2 saja meja kosong. Terus masuk duduk. Bagi yang

Monday, January 9, 2017

KACANG POOL DIUTARAKAN

Kacang pool ? Orang belah utagha banyak yang salah faham benda apa secara dasarnya. Ka aku saja yang tak taw? Adakah kacang poi ? Bukan !!! Bila direct google translate , jadinya bean kolam ? Actually, kacang pool ni dikatakan berasal dari tanah A''rab. First time aku dengar kacang pool ni , masa aku belajar kat Johor dulu. Lagi kerap dengar masa bulan puasa sebab pergi pasar ramadhan or param short form nye. Haa.. masa tu la tekak aku mencemar duli makan kacang pool ni.




At first , mati-mati aku ingat ni kacang poi yang dijual kat pasar2 tani or pasar malam. Rupa-rupanya sejenis savoury. Ada roti dan kuah untuk dicicah. Kuah tu consist kacang parang yang dimasak berempah. Ditambah pula dengan telur mata kerbau, cabai, bawang, tomato dan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Memang wajib gaul pun. Barulah kacang pool namanya. Roti bakar tu boleh je digantikan dengan roti canai ke roti putih ke. Hatta capati. Tu kalau kita yang buat sendiri la kacang pool ni. Kat kedai memang tak dapatlah jepp. Memandai nak order yang tak ada dalam menu. Hihiks 😂.



warung kacang poi utagha
Tempting ke idokk?

Sejak dah tak bermastautin di Johor ni, memang tak pernah lagi makan kacang pool kat belah Pulau Pinang ni. Minggu lepas , pi brunch date dekat Warung