Monday, February 29, 2016

MEE UDANG SEGAR YAAKOB PULAU SAYAK

Bercakap pasal mee udang , maka ramai la penggemar mee udang  yang akan mencadangkan restoran mee udang yang terlajak sedap dekat bahagian utara ni. Tapi bagi anak tekak aku , yang di Pulau Sayak la yang paling sedap . Tak perlu nak bertekak pasal mee udang mana paling sedap la, sebab selera masing-masing kan..? 

Basically, mee udang ada tiga subjek penting, mee ,kuah dan pelakon utama, udang. Sayur sayuran seperti lobak merah,sawi, taugeh hanyalah sekadar pelakon tambahan yang tak kurang penting peranannya. Kuahnya memang wajib ada kandungan stok udang. Ada yang suka kuah ceroi .Ada yang suka kuah pekat. Ada yang suka pedas, Ada yang suka lite2 je. Nak ditegaskan di sini, mee rebus, mee hailam ,mee kuah dan mee udang ada perbezaannya ye. Yang ketara dekat kuahnya.


Pulau Sayak berada dalam daerah Kota Kuala Muda , Kedah. Perjalanan ke Pulau Sayak memakan masa dalam lebih kurang 25 minit  macam tu laa kalau dari rumah aku area Kepala Batas. *fakta Untuk pengetahuan pembaca, lokasi restoran mee udang Pulau Sayak ini berdekatan dengan Pantai Merdeka yang berkait dengan lagu "Cinta Pantai Merdeka" yang popular satu ketika dahulu.


Kami biasa lalu ikut Jambatan Permatang Bendahari. Kalau lalu ikut jalan yang ada sekolah tu boleh nampak rumah kayu cantik yang digunakan oleh watak Manisah dalam drama famous, Mok Cun. Anda akan dijamu dengan pemandangan sawah padi. Yela, Kedah kan negeri Jelapang Padi. Tak digalakkan datang malam bagi yang tak biasa dengan kawasan kampung, sebab jalan yang agak sempit dan gelap terutama di kawasan hutan bukit-bukit kecil.

Kat Pulau Sayak ni ada 3 restoran mee udang , Mula-mula akan tempuh Warung Pak Su Mee Udang. Lokasi atas bukit tapi tepi pantai..Macam pelik bila fikir balik.. tapi macam tu laa lokasinya. Pastu turun bukit sikit nampak la FRI (Pusat Penyelidikan Perikanan) Pulau Sayak. Kemudian akan jumpa Restoran Usop Mee Udang iaitu restoran mee udang pulau sayak yang paling popular dalam internet. Selepas tu baru jumpa Kedai Mee Udang Segar Yaakob Hashim.



Mee udang pulau sayak
SIGNBOARD KEDAI
Ni kedai yang aku nak highlightkan. Sebenarnya macam rumah kedai ja.

Makam anakanda Tunku Kudin
MAKAM TUNKU HAIDAR ALI SHAH
Nak confirm lagi, depan rumah kedai ni ada makam anakanda Tunku Kudin. Bawah pokok besaq.


Pulau Sayak
PULAU SAYAK
Lets go to the beach !!! 

landak laut mati
BANGKAI LANDAK LAUT
Sementara nak tunggu order siap, boleh la main kuis-kuis kaki kat pantai dulu.Jangan sampai basah plak. Satgi kena halau dengan tokey kedai plak.


Durasi nak tunggu makanan sampai adalah dalam 20 minit macam tu.. Paling lama setengah jam, tengok ada ramai pelanggan ke tak. Better datang awal. Aku rasa peak hour full house adalah time lunch sampai dinner.


Mee udang segar pulau sayak
ADA UDANG DI SEBALIK MEE
Sepinggan mee udang  = RM 9

Mee udang yaakob pulau sayak
PEDAS PEDAS SEDAP 
Udangnye freshhhh dan manehhh baq ang. 

mee udang segar yaakob hashim pulau sayak
KUAHNYA DIMASAK HANYA APABILA ADA PESANAN, BUKAN KUAH READY MADE .TU YANG LAMBAT SIKIT MENUNGGU SIAP.


menyantap mee udang
SLURPPP SLURPPP
Bismillah. Makan sambil menikmati pemandangan laut diringi hembusan bayu.. macam syurr ja kan.


Kalau musim cuti sekolah ka public holiday ka memang full house. Nak parking pun payah sebab kawasan letak kereta yang berbukit pada sesetengahnya dan terhad.


pemandangan matahari terbenam di pulau sayak
SUNSET
Sebelum pulang, sempat menikmati pemandangan matahari terbenam di warung Pak Su. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T. 


Ini bukan la iklan pesanan penaja..tak dibayar pun, cuma pendapat seorang foodie.



Cari lokasi guna Google Maps


Thursday, February 25, 2016

LAYAN DRAMA PINOY - MAGKANO BA ANG PAG-IBIG

Magkano Ba Ang Pag-Ibig
LA POSTER


D
ah lama tak layan telenovela. Dulu -dulu masa sekolah memang mereput depan TV petang2 dok tengok Maria Mercedes , La Usurpadora , La Mujer en El Espejo ,Pangako sayo and so on... Telenovela dari Mexico or Latin memang best untuk dilayan sebab jalan cerita & karakter-karakter dalam tu macam sesuai sangat dengan pelakon tu.. very the method, walaupun durasi dia makan bertahun camtu.. dan tak macam sinetron yang euuww itu.. Memek muka fake kot. Plastik.. tu yang tak suka tengok sinetron. Sekarang ni drama Malaysia pun ada la sikit-sikit yang nak ikut ke arah tu.. bosan kot. 

Wednesday, February 24, 2016

MURAL DI PENANG STREET ART

Sejak 3 ke 4 tahun lepas, kemasukan pelancong ke George Town, Pulau Pinang agak mendadak. Salah satu faktornya adalah lukisan dinding atau mural yang teramatlah menarik lagi mencuit hati kita apabila melihatnya. Macam ada jiwa. Unik pulak tu. Conteng-conteng dinding yang tak berjenis dianggap vandalisme. Selain faktor gelaran syurga makanan yang diberikan kepada Pulau Pinang kerana mampu menyajikan pelbagai jenis makanan seperti nasi kandar , char koey teow, pasembor , rojak tonggek , laksa . Sekadar menyenarai beberapa nama makanan yang boleh menggoda selera anda yang berkunjung ke Pulau Mutiara. Tambah lemak pun ya. 


Pada tahun 2012, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (sekarang dah jadi Bandaraya) ni suruh artis Lithuania ,Ernest Zacharevic untuk buat satu projek seni jalanan di George Town yang dikenali sebagai "George Town Mirror' yang terdiri daripada beberapa lukisan mural berskala besar di lokasi yang berbeza dari bandar lama. Dalam erti kata lain, menghidupkan kawasan yang "mati". Kiranya jadikan kawasan yang tak berapa meriah dengan orang agar tempat itu jadi lebih menarik dan ceria. Sebab umum tahu, yang bangunan di kawasan George Town kebanyakannya adalah bangunan-bangunan lama .

Aku cadangkan kepada pelancong yang berhasrat nak pi street art hunting di George Town, muat turun dulu Google Maps bandar ni. Plus yang terkini boleh guna offline map. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, anda akan nampak lebih terperinci setiap lorong-lorong kecil di George Town ni . Tambahan lagi, banyak karya seni pelik dan mungkin membuat anda terkejut pun ada kalau anda rajin merayau menyelinap di setiap lorong dengan teliti. "Hidden Gem" orang putih kata. Ramai yang repeat sebab terlepas pandang beberapa karya seni yang tak berapa menonjolkan saiznya. hehehe. Lagi senang daripada menggunakan brochure yang anda semua dapat dari kedai-kedai dekat kawasan street art atau hotel yang anda menginap.




Tips, sila jalan kaki untuk lebih senang menyelusup lorong-lorong tikus dan lalu di kaki lima rumah kedai untuk berteduh tatkala berpeluh . Digalakkan bawa payung. Air masak pun penting taw. Cuaca ya ampun panas sangat sekarang ni. Part ni aku cerita pasal street art by Ernest Zacharevic dulu. Lagipun, karya street art di Pulau Pinang ni semakin bertambah dari bulan ke bulan. Too many too be explained and explored. Lenguh kaki nak menapak mencari semua mural atau karya seni dalam satu hari di sini.



Aku memang duduk di Pulau Pinang tapi bukan belah Tanjung aka Penang Island. Jadi, kena naik feri dengan harga RM1.20 bagi seorang dewasa untuk seberang ke belah pulau.

ferry management
JUST DROP THE COINS

KOMTAR
PENANG ICONIC BUILDING "KOMTAR" DARI TENGAH SELAT KELIHATAN

So called "pelayaran" tu ambik masa dalam lebih kurang 15 ke 25 minit camtu la.. depend kalau port tu kosong, boleh la feri tu terus berlabuh. Kalau ada feri lain, memang kena queue kejap la kat laut tu.

feri pulau pinang
WAJIB NAIK FERI KALAU DATANG PULAU PINANG

kerusi feri pulau pinang
KERUSI FERI

Dah sampai tu kena la tengok maps Peta untuk ernest punya streetart .


Little Children on a Bicycle
THE FAMOUS ONE, "LITTLE CHILDREN ON A BICYCLE" , ARMENIAN STREET.


Boy on a bike
"BOY ON A BIKE" , AH QUEE STREET


Little Boy with Pet Dinosaur
"LITTLE BOY WITH PET DINOSAUR" , AH QUEE STREET


Little Girl in Blue
"LITTLE GIRL IN BLUE" , MUNTRI STREET

Nampak agak menyeramkan kalau dilihat dari segi mood dan ekspresi budak tu.





minions
MINIONS THE GUARDIAN

Ada lagi dua ke tiga mural sebenarnya tapi tak sempat nak snap, sebab ramai sangat pelancong nak bergambar .Dah la nak posing ala2 ANTM bagai.. Ada dua mural kot dah macam luntur warna sikit.. Dok kena hujan panas. Luntur la cat dia..






Friday, February 19, 2016

KOLEKSI ORKID BONDAKU


D
alam dunia ni, ada lebih puluhan ribu spesis orkid. Yang tu tak termasuk lagi hybrid yang belum berdaftar. Yang kat bawah ni adalah dalam simpanan mak aku. Mak aku memang hobinya "bela" pokok orkid atau sinonimnya anggerik. Sebab apa "bela"? Sebab memang kena didik dengan sabar untuk tunggu orkid berbunga, tambah kalau bela dari saiz anak. Makan masa tau.


struktur orkid
STRUKTUR ORKID

Dah lama hidup dalam suasana taman bunga, sampai aku pun terlekat minat sama. Banyak juga la orkid yang rajin berbunga. Tapi sebab kurang pengetahuan tentang cara penjagaannya, ada juga yang tak panjang umur. Yang tinggal pun jarang berbunga. Bila tengok orkid-orkid berbunga mekar, lagi berbunga la di hati ini. Kepuasannya hanya orang yang tanam orkid sahaja yang tahu. Macam petani yang tanam pokok sayur-sayuran la. Bezanya, orkid tak dimakan manusia tapi bila aku semak di laman web wikipedia, ada manusia yang makan orkid ni selain diekstrak untuk dijadikan pewangi.



Orchid cattleya
 CATTLEYA, QUEEN OF ORCHIDS

Thursday, February 18, 2016

SUNSET DI KUALA MUDA

Sebahagian kawasan Penaga adalah pesisir pantai. Tapi sekarang banyak kawasan pantai di Penaga ni dah tak berpasir landai sangat disebabkan faktor alam semula jadi iaitu hakisan ombak dan populasi pokok api-api yang semakin bertambah. Antara kawasan pantai yang masih lagi pantai adalah di Kuala Muda. Yang terletak di muara Sungai Muda. Nak lagi tepat, dekat Pasar Bisik yang popular dengan cara belian hasil laut secara pukal melalui kaedah berbisik. 


Petang hujung minggu lepas , melayan anak-anak menakan beriadah di Pantai Kuala Muda. Yeahhh!!! Let's go to the beach !!! Kalau nak view sunset yang stunning, dekat sinilah portnya. Memang takkan mengecewakan bagi sesiapa yang gemar membidik kamera untuk pemandangan matahari terbenam.