Tuesday, April 26, 2016

IPOH WALL ART BY ERNEST ZACHAREVIC

Ipoh sememangnya terkenal dengan kawasan warisan dan makanan yang sedap-sedap. Suasana bandar Ipoh yang dulu hanya dikelilingi bangunan-bangunan yang berdindingkan cat yang luntur dan kusam kini telah berubah drastik menjadi lebih ceria dan menangkap mata. Ini bermula setelah syarikat yang terkenal dengan produk kopi putihnya iaitu tak lain tak bukan, Oldtown White Coffee yang bekerjasama dengan seorang artis pelukis dinding yang terkenal berasal dari Lithuania, Ernest Zacharevic. Iaitu individu yang sama bertanggungjawab menjadi perintis Penang street art.

Projek seni dinding kreatif "The Art of Oldtown" di Ipoh ini bermula sekitar awal tahun 2014. Bagi bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke bahagian bandar lama Ipoh. Rata-rata mengetahui yang karya Ernest banyak menggabungkan sosio budaya masyarakat tempatan. Beliau bijak menggabungkan suasana atau gaya hidup orang kat situ pastu tambah la objek atau kehidupan alam yang memang sedia ada. Lalu terhasillah karya yang menakjubkan dan menjadi ikonik. Voila!!! Beliau menghasilkan 7 buah mural di sini. Yang berkereta tu boleh parking dekat depan Padang Ipoh. Tak pun dekat Cafe Old Town yang besaq tu.


lorong di bandar lama Ipoh
SENJA DI IPOH KONSEPNYA

Wednesday, April 20, 2016

PETUNIA LIAR


Assalamualaikum.. Hello everyone.!! Tengah bersihkan semak samun belakang rumah pagi tadi, perasan ada bunga di celah-celah rimbunan hijau rumput yang kembali subur sejak dua tiga hari lepas hujan kembali membasahi bumi yang gersang. Sekali imbas macam petunia tapi biasa tengok, petunia bergantungan dalam pasu. Ni sesat sepokok dia ja dalam rumput.


Ruellia tuberosa linn wild petunia
RUELLIA TUBEROSA LINN.

Saturday, April 16, 2016

MENERIMA KEGAGALAN DALAM PERCINTAAN

Benarlah kata orang, lagu merupakan salah satu medium untuk kita meluahkan rasa. Lagu juga mampu bagi ketenangan atau jiwa kacau kepada setiap individu bergantung kepada genre lagu yang menjadi santapan telinga masing-masing. Besides, posting all those lovey dovey status on social network like only you and your partner are the sweetest lovebird in the entire world. Orang lain pun berchenta ..hoiii.. I'm not anti-PDA couple. Don't get me wrong, its your space.


Tapi bila dah lovey dovey dengan #tilljannah bagai , last-last break macam tu je. Takkan kot??? Apa yang korang rasa ? Oh come on babe. Why not dedicate this song to your ex. Takkan la takde memori manis langsung? At least , redho la dengan nyanyi lagu ni dalam bilik air atau melalak sambil memasak kat dapur tu. 

Lirik All I ask Adele
GEMS BUT VOUGE 

Sunday, April 10, 2016

OPENLY INSECURE



tiada keyakinan

Yang hitam nak jadi putih. Yang tak berjambang nak berjambang. Yang elok ada kening, pi tobek-tobek bagai. Yang ada rambut, gigih pi cukur botak sebelah (baca qaza) Yang kurus nak jadi lagi kurus pun ada. Dan banyak lagi contoh alat atau produk untuk penambahbaikan yang berlambak di pasaran sekarang. Tambahan pula dengan adanya "online shopping" dan "social network" yang pelbagai sekarang ini. 

Sebenarnya, ini adalah contoh orang yang rasa "tak selamat". Bukan! No! No! No! Bukan "tak selamat" nak hilang nyawa kena langgar kereta ke hape. Tetapi ini pasal keyakinan individu terhadap kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. In other words , sangsi atau was was.

Tuesday, April 5, 2016

CUBAAN SEJUKKAN DIRI DI BUKIT HIJAU

air_terjun

A
gak lambat cerita ini di publish. Waktu cuti sekolah bulan Mac lepas, kakak aku ajak pi mandi air terjun kat Lata Bukit Hijau. Lokasinya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas , Baling , Kedah. Agak lama tak mai mandi air terjun sebab dok dengaq pasai penyakit kencing tikus (Leptospirosis)yang boleh bawa maut tu. Bajet asalnya nak menyejukkan diri ketika Ekuinoks melanda dengan berendam dalam air.



Kami pi konvoi 2 biji kereta yang penuh dengan anak2 menakan. Perjalanan dari rumah makan masa sejam

Sunday, April 3, 2016

BIG BAD WOLF PENANG 2016

Rasanya ini merupakan kali ketiga Pesta Jualan Buku Big Bad Wolf dianjurkan di Pulau Pinang. Sebab kelmarin juga kali ketiga aku pi serbu sebab nak beli buku murah. 


big bad wolf book sale
POSTER BIG BAD WOLF PENANG 2016


Menurut apa yang aku baca di wikipedia , Big Bad Wolf ni sebenarnya adalah watak serigala dalam cerita dongeng omputih yang femes "Little Red Riding Hood". Kiranya Wolf ni dok pi serang dan kidnap buku2 di luar negara dan singgah sat dok mai juai kat Malaysia pulak. Sebab buku tu kira barang "panas" , jadinya Wolf tu jual la buku tu dengan harga murah. Boleh camtu? Understand? hahaha