Wednesday, June 22, 2016

PEPATAH IDIOM

Hari ni kita belajar Bahasa Inggeris sikit ye. Dulu-dulu masa bersekolah , pengetahuan tentang pepatah atau peribahasa dalam Bahasa Inggeris adalah terhad. Yela, lagipun bukan nak guna sangat pun. Tapi bila dah meningkat dewasa dan banyak menonton drama-drama omputih ni, ada la jugak dapat tangkap beberapa idiom sebagai tambahan vocabulary dalam otak ni.

  1. It takes two to tango = bertepuk sebelah tangan
  2. Speaking of devils = panjang umur si polan
  3. Pea in a pod = adik beradik yang seiras
  4. The apple doesn't fall far from the tree = ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
  5. Kill two birds with one stone = menyelam sambil minum air
  6. He who plays with fire gets burnt = jangan bermain dengan api
  7. Empty vessels make the most noise = tin kosong, bunyi je lebih
  8. Don't judge a book by its cover = jangan menilai seseorang dari segi luaran saja
  9. It's no use crying over spilt milk = Sesal sahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna
  10. Blood is thicker than water = Air dicincang takkan putus.
  11. Money is easy come, easy go = Barang yang senang diperolehi, lagi senang akan habis
  12. Cut your coat according to your cloth = Ukur baju di badan sendiri.
  13. Early bird gets worm =  Rezeki adalah ganjaran bagi yang selalu berusaha dari awal.
  14. If you pay peanuts, you get monkeys = Kualiti hasil kerja yang berbaloi dengan bayaran.
  15. In the end of the storm is a golden sky = Ada hikmah dalam setiap kejadian.
  16. Leaving after having fun = Habis madu sepah dibuang.
  17. United we stand, divided we fall = Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  18. When there's a will, there is a way = Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
  19. To talk without thinking is to shoot without aiming = bercakap tanpa berfikir dulu ibarat menembak tanpa membidik.
  20. Man propose, God disposes = Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
  21. Out of sight near by heart = Jauh di mata dekat di hati.
  22. Still water runs deep = Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
  23. Bending without breaking = Mengalah bukan bererti kalah
  24. Butter someone up = bodek/kaki kipas
  25. Beat around the bush = cakap belit-belit
  26. Off your own bat = ikhlas dalam sesuatu perkara/kerja (tanpa disuruh)
  27. It's raining cats and dogs = hujan lebat.
  28. Under a cloud = disyaki rasa ada melakukan kesalahan.
  29. Puppy love = cinta monyet
Will be updated soon

Saturday, June 18, 2016

SENARAI LAGU RAYA BEST

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba ni, memang tak meriah raya kalau tak dengar lagu-lagu raya ni kan? Ibarat makan Char Koey Teow tak bubuh cabai jeruk. Kecurrr.. hahaha.. Aku lebih suka dengar lagu raya yang lama-lama. Sangat membangkitkan nostalgia Aidilfitri. Sebab lebih sedap dan ada roh katanya.. Dengan lirik yang betul-betul menunjukkan betapa meriahnya saat raya tu. Tu yang feeling lebih. Tambahan bagi perantau yang berniat nak balik raya. Tentu lagi excited nak balik kampung beraya dengan keluarga tercinta kalau dengar lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong radio. Nak-nak pulak masa tengah kerja. Syahdu je kan?
senarai lagu raya best
ABAIKAN 25 TU !!

Wednesday, June 15, 2016

THE CONJURING 2 GALAK VALAK

Tadi tengah hari, berkesempatan menonton sekuel filem seram omputih yang paling aku layan, The Conjuring iaitu The Conjuring 2. Setelah banyak filem dalam senarai filem yang ingin ditonton, aku tak pergi tengok. Makanya filem ini wajib aku tengok. Based on the first film nya yang best. Sebenarnya malas nak pi tengok wayang bulan-bulan posa ni. Bajet nak tunggu filem ni didownload oleh my bestfriend raya nanti. Ku pujuk hati, pergi tengok jugak. Diapit air bikarbonat orang sebelah kiri dan popcorn orang sebelah kanan aku. Dah la sesejuk dalam peti ais kat rumah. Kruk kruk perut aku berbunyi time iklan. Abaikan.

ulasan filem the conjuring 2


Friday, June 10, 2016

MASALAH RAMBUT GUGUR

Dah masuk 6 Ramadhan. Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Hmmmphh.. Nak bercerita ni. Masalah keguguran rambutku semakin meruncing. Tak sampai umur 30 tahun, rambut dah jarang-jarang menipis. Arrghhh.. Takutnya tengok kepala sendiri dalam cermin. Nak keluar rumah berjumpa orang pun fikir dua tiga kali. Sebab malu kot. Aku  ni bukanlah jenis yang selesa botak atau rambut pendek sangat. Rasa insecure pula.



masalah keguguran rambut
SKERI THE MERRY PLAK AKU TENGOK