Wednesday, June 15, 2016

THE CONJURING 2 GALAK VALAK

Tadi tengah hari, berkesempatan menonton sekuel filem seram omputih yang paling aku layan, The Conjuring iaitu The Conjuring 2. Setelah banyak filem dalam senarai filem yang ingin ditonton, aku tak pergi tengok. Makanya filem ini wajib aku tengok. Based on the first film nya yang best. Sebenarnya malas nak pi tengok wayang bulan-bulan posa ni. Bajet nak tunggu filem ni didownload oleh my bestfriend raya nanti. Ku pujuk hati, pergi tengok jugak. Diapit air bikarbonat orang sebelah kiri dan popcorn orang sebelah kanan aku. Dah la sesejuk dalam peti ais kat rumah. Kruk kruk perut aku berbunyi time iklan. Abaikan.

ulasan filem the conjuring 2




SPOILER ALERT SIKIT!!!

Bagi aku, bagi aku laa kan. Permulaan tu macam draggy sangat. Tengah-tengah pun ada meleret sikit. Tapi boleh dimaafkan semua tu sebab yang bestnya The Conjuring 2 ni, pengarah tunjuk ajar dan cerita dulu dari mana hantu utama iaitu Valak dalam cerita ini boleh mai menghantui keluarga Peggy Hodgson di rumah depa yang mengambil tempat di London nih. Tak dak la nak jump scare tak pasai-pasai.

Umum dah tahu yang filem The Conjuring 2 memang berdasarkan kisah benar sama macam yang no. 1 dulu tu. Walaupun ada sedikit tokok tambah yang tak keterlaluan. Kali ini berlatarkan tahun 70-an di London. Sangat menarik dengan skor muzik yang memang masuk la. Ngam gitu. Pandai James Wan ni direct. Credit patut dibagi kepada Ed dan Lorraine yang chemistry mereka getting improve. Bintang layak dibagi kepada adik Madison Wolfe yang cemerlang emosinya sebagai pemeran watak Janet. She did a great job.

Yang aku musykil, macam mana huruf-huruf yang dijadikan hiasan kat dinding masa pasangan laki bini Warren tengah makan dengan anak depa di meja makan tu membentuk satu perkataan iaitu V-A-L-A-K. Bukan masa tu ja. Masa Lorraine dapat petanda masa tengah baca kitab Injil pun ada jugak kat rak buku tepi dia. Ke aku seorang je yang perasan lebih? 

Nak cerita lebih-lebih pun aku bukan reti nak ulas. Better hampa pi tengok sendiri filem The Conjuring 2 ni dekat pawagam atau bioskop berhampiran anda sebelum habis tarikh tayangan. Haiyyoo.. Nak takut apa? La ni kan bulan posa.. Hantu setan semua kena ikat. Hihiks.. 


No comments:

Post a Comment