Tuesday, January 24, 2017

PENGALAMAN MENAIKI ETS KE KL SENTRAL

Sabtu lepas, aku pergi ke Kuala Lumpur atas jemputan keluarga belah kakak ipar aku di Puchong. Entah bilalah kali terakhir aku jejak kaki di KL? Mungkin lebih 5 tahun kot. Aku memang takkan naik bas sejak-sejak dengar cerita kemalangan nahas di Johor yang baru-baru ni. Aku memang bercadang nak cuba menggunakan perkhidmatan ETS [ELECTRIC TRAIN SERVICE] sejak mula- mula diperkenalkan lagi. Cuma takde sebab kukuh. *baca=penting. untuk aku bergerak ke KL macam tu saja. Pergi Padang Besar dengan bfff haritu pun naik KTM yang biasa tu je. Free seating.



jadual perjalanan ets dari butterworth ke kl sentral
Jadual perjalanan ETS Butterwoth-KL Sentral

Aku beli tiket pergi dan balik siap-siap di kaunter kat Butterworth pada hari Selasa. Pada mulanya tengok jadual, aku nak naik pukul 7.45 pagi. Dan la aku nak breakfast dulu. Sekali laku keras pulak tiket-tiket ETS ni.
Redha je la naik sebelum subuh. Pukul 6.30 pagi tepat tren bergerak. Sejuk tak ingat la kan.. Bagi yang tak tahan sejuk macam aku, wajib bawa baju sejuk. Tak pun selimut la. Seat aku sebenarnya sebelah tingkap, tapi sebab aku lambat sikit. orang sebelah dah duduk dulu. Its ok. Tapi aku bajet nak snap gambar perjalanan. tapi tak jadi la sebab cermin tak berapa bersih. Mungkin sebab hujan malam tadi , aku bermonolog. Tak sampai 10 minit, ada pegawai ETS datang periksa tiket.



tiket perjalanan ets ktm Butterworth - KL Sentral
Check sendiri tiket tu betul-betul.




tv dalam ETS KTM
Volume memang slow untuk ketenangan penumpang ETS yang nak tido.


Sepanjang perjalanan, penumpang dipertontonkan dengan filem-filem menarik. Menarik gak la. The Martian dan San Andreas. sebab ada tv kat atas di bahagian laluan penumpang. Setiap koc ada. Aku pada mulanya bajet nak sambung tidur. Yelaa kan.. awal lagi. nak buat apa kan? Nak sembang dengan orang sebelah, nampak macam tak berapa mesra alam. Sama la dengan perangai aku yang socially awkward ni. Nak pejam tak boleh. So, pi la ronda jalan-jalan sampai koc yang ada cafe. Koc ada dari A sampai E kot, kalau tak silap. Ramai la orang duk beratur nak order makanan. Aku just tinjau-tinjau je. Bukan nak makan sangat. Lapaq tu memang lapaq. Sebab aku lemah sikit bila nak makan dalam kenderaan yang bergerak ni. Pening hoi. Dah la dapat seat yang melawan arus pandangan. Pastu orang asing pulak dok tengok kita suap-suap. Lain la kalau si Dia yang dok kat sebelah.

Dah alang-alang lalu tandas tu, buang la dulu apa yang patut. Tandasnya ok. Tak berbau hancing. Mungkin sebab cleaner yang dok ulang alik tu selalu cuci. Setiap koc ada pintu untuk menghubungkan koc ke koc. Ada la budak kecik ni dok ulang pi balik pi balik. hmmm. Yang dewasa pun teruja, inikan pula budak-budak.



tandas dalam ETS
Bersih kan?

Bagi yang nak caj handphone , just in case terlupa bawa power bank, anda boleh caj fon . Sebab ada soket untuk cucuk charger anda. tapi yang 3 pin la. ada satu soket bawah kerusi. Share la kalau orang sebelah pun nak pakai.



meja pada kerusi dalam ETS KTM
Tak makan apa pun.

Aku sampai di stesen KL Sentral [bukan Stesen KUALA LUMPUR ye] dalam sebelum pukul 12 tengah hari. Tepat ikut masa dalam tiket. Bagus betul estimate time mengena. Bukan apa, senang untuk penumpang merencana program lain.


pemandangan dari dalam ETS
Blurry habis.

5 comments:

  1. as salam..kalau ada bawak bagasi seketul dua..letak dimana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. boleh letak kat bahagian depan/belakang setiap koc, ada space. Beg galas muat kat atas tempat yang kita duduk , ala yang macam dalam bas.

      Delete
  2. As salam... kalau beli untuk weekdays perlu booking tiket atau dtng beli tiket pastu tunggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Setahu saya, tiket (Butterworth-Kuala Lumpur) boleh je dibeli bila-bila masa. Kemungkinan untuk tiket sentiasa ada pada weekdays tu mungkin tinggi sikit kalau dibandingkan dengan weekend. Tapi kena tengok jugak, kalau musim perayaan memang sebulan dah kena book, sebab takut tiket habis. Berlainan dengan tiket ets dari Butterworth ke Padang Besar yang boleh dibeli cuma bila kita nak naik time tu.

      Delete
    2. Baiklah terima kasih saya sebenarnya nak balik ke Shah Alam dari Tapah Road jumaat minggu depan jd berminat nak cuba guna ets... harap2 berjalan lancar

      Delete