Wednesday, March 30, 2016

MENGUAP BERJANGKIT

B
ila ada orang sekeliling kita, terutama sekali yang rapat dengan kita tengah nganga menguap dan kita pun tengok dia menguap , pastu kita pun menguap sekali. Berjangkit!!! Korang perasan tak benda ni? Magik kan? hahaha. Selalu benda ni terjadi kat aku bila dok sebelah seat driver, bila driver menguap, aku pun ikut. vice versa. Fakta saintifik mengatakan kita menguap adalah kerana kekurangan oksigen pada saluran darah dalam badan.


menguap berjangkit contagious yawning
TAK SYAK LAGI YANG HAIWAN JUGA MENGUAP


Saturday, March 26, 2016

RESEPI KERABU SEDAP DAN MUDAH

Resepi appetizer yang mudah dicuba ini adalah daripada air tangan Che Gayah, iaitu my mother . Tapi bukan la main campak-campak aje ye.. kena ada effort la sikit. Kalau semua nak mudah, baik order lauk online je. Resepi kerabu ini sebenarnya boleh ja diguna pakai dengan pelbagai daun atau ulam lain, contohnya cekur yang boleh buang angin dalam badan tu, pegaga, kacang kelisa ,bunga betik atau jantung pisang yang direbus terlebih dahulu dan etc.


Bahan bahan (bajet dalam semangkuk hidangan):

  • daun selom 
  • tauge
  • bawang besar (rasanya, tak guna sampai sebiji dalam saiz hidangan ini)
  • halia (secoet - tak sampai satu inci)

Friday, March 25, 2016

KELUARGA ISKANDAR - NO CONTINUITY

Keluarga Iskandar
KELUARGA ISKANDAR



Bagi yang kaki drama macam aku ni confirm pernah layan drama KELUARGA ISKANDAR kan? Drama bersiri popular bertemakan keluarga ini ada musim 1 dan 2. Iskandar tu adalah nama kepada suami Mak Jah. Meriah taw watak-watak dalam cerita ni. Daripada watak Mak Jah yang witty kadang kala, anak anaknya  , sampai laaa ke cucu-cucu dia yang keletah mencuit hati gitu.. By the way, siapa yang nak tengok Susan Lankester buat comeback, dalam drama ni la.. as Kay / Kamariah.


Drama ni rasanya satu satunya drama di Malaysia yang berkonsepkan "breaking the fourth wall" .Alaa.. bahasa mudahnya skrip dan lontaran dialog yang "straight to the point". Apa yang diaorang lakonkan tu memang realiti kehidupan keluarga sebenar yang ada macam-macam peel atau perangai . Kadang-

Wednesday, March 23, 2016

PETUA HALAU SEMUT MASUK DALAM TELINGA

Argghhh.. sakitnya memang lain macam.. bukan adoi lagi dah.. memang tak guna betul semut ni. Dah sesat pastu boleh pulak dok gigit lubang telinga ni.. Macam mana nak halau semut ni ye? Takkan nak sembur Ridsect dengan Shieldtox plak kot? Naya dengan kita-kita sekali nanti.. haha


Petua keluarkan Semut yang Masuk dalam Telinga
TUDIAA.. NALAA PUNYA SEMUT.. HIHI


Wednesday, March 2, 2016

ULASAN FILEM MUNAFIK

D
ari awal lagi aku dah bercadang nak tengok filem Munafik , since teasernya macam angker kat pawagam sebelum ni. Bila ajak member , takut laa.. tu laa.. ni laa.. Hurmm.. rasanya tak boleh lengah-lengah lagi. Takut tarikh tayangan habis berlalu macam tu je. Macam miss filem Dilwale hari tu.. nangess .. download je la.. Sungguh tak beretika diri ini rasanya. hehehe.


Pilih hari Rabu sebab murah sikit. Masuk hall lagi tiga minit NOW SHOWING, perghh.. satu makhluk pun tak de lagi. Masa beli tiket kat kaunter , tengok seat dah ada yang beli. Time iklan , barula ada orang lain masuk.

For me, aku tak dapat tahap keseraman yang lebih daripada filem Khurafat arahan Syamsul Yusof sebelum ni. Macam kurang seram, jump scare tu banyak la. Tapi jalan ceritanya memang DOUBLE THUMBS UP la. Syamsul betul-betul menaik taraf tahap filem seram di Malaysia ni. Ya, mungkin kurang seram., tapi lakonan, plot dan skrip jalan cerita filem Munafik ni cover it all.

Antara sebab wajib tengok di pawagam.

1. Banyak dialog berunsur nasihat , memuji Allah S.W.T. , amal makruf nahi mungkar. Banyak suruh kita terima qada' dan qadar ( memang sepatutnya pun )
2. Nabila Huda boleh menang FFM atau Anugerah Skrin this year sebab lakonan beliau yang superb. I like sangat part Maria kena rasuk tu . Cakap arab beb. Lancar je. Sync dengan mimik muka semua.
3. Bacaan ayat-ayat ruqyah yang Ustaz Adam baca tu memang untuk mengubat orang yang kena sakit mistik. Dengar cerita 2 bulan Syamsul belajar tu.
4. Twist yang unpredictable. Sampai ending baru tau sapa yang buat tahana kat Maria tu. Dok ingat orang len.
5. No cintan cintun yang over. It is Islamic+horror .balance..
6. Bukan tentang mewarisi ilmu hitam ka , bok peturun saka ka.. NO.. BUKAN YA..

Sekali tengok pil depress tu macam mucinex pun ya jugak.. hahaha


filem munafik
Gambaq dari Twitter tuan pengarah Syamsul Yusof.


Last but not least, biar miskin harta, jangan miskin jiwa.