Sunday, May 29, 2016

GUNA INCOGNITO TAB

Melayari laman sesawang tanpa sejarah pelayaran diingati oleh komputer. Itu Bahasa Melayunya. Macam pelik sikit bunyi bila aku translate sendiri. Tapi itulah incognito tab

buka internet guna incognito mode
SYHHHHH


Bagi yang arif tentang fungsi-fungsi tambahan pelayar internet (browser), contohnya Safari, Google Chrome, Mozilla Firefox (sekadar menyebut yang popular). Anda mesti tahu kegunaan Incognito tab kan? Aku terangkan, bila kita buka browser dalam mode incognito, Browser tu takkan ingat langsung laman web apa yang kita masuk atau lawati. Kalau dalam mode normal, browser akan ingat, yang tu akan ada dalam historyIncognito ni kiranya macam kalau kita tak nak orang yang berkongsi penggunaan komputer dengan kita tahu laman web apa yang kita bukak. Dalam erti kata lain, privacy.

Tapi privacy nya SETAKAT TAHAP ITU SAJA. Kalau untuk diaplikasikan pada komputer di rumah atau yang hanya menggunakan modem network yang normal tu boleh laa. Tapi tidak untuk kegunaan komputer-komputer di pejabat-pejabat atau syarikat yang ada Network Admin yang mana ada router yang lebih advance. Ini sebab, kemungkinan ada monitoring. Di mana, bos-bos tak mau pekerja-pekerja depa dok mengular tak buat kerja. Tak fokus pada kerja.

Laman web yang anda layari dalam mode incognito atau normal boleh dikesan (trace) sebab anda menggunakan network syarikat atau pejabat. Tambah bila guna LAN cable. Siap boleh tahu komputer mana yang sedang high usage data. Inilah yang dikatakan monitoring. Network admin yang ditugaskan boleh mengesan tinggi rendah kadar penggunaan internet dalam satu-satu masa. Contohnya, kalau tonton video di Youtube atau video live streaming ka. Yang tu memang tinggi. Sebab nak kena download banyak.

Ada kes di mana,Network Admin boleh download balik apa yang kita download kat komputer kita. Sejibik sejibik. Bit by bit. Bytes by bytes. Fuiiyoo. Gilak ahh. Itu pun bergantung kepada kehandalan dan ke"terror"an seseorang admin tuh. Sebab bila adanya monitoring, network direction, tempoh berapa lama kita dekat sesuatu laman web pun boleh dikesan.

Syarikat - syarikat besar biasanya ada monitoring ni bersebab. Antaranya untuk mengelak daripada terkena serangan Malware. Kalau nak privacy sangat, online lah pakai device sendiri dan menggunakan data plan sendirian berhad. 

Wednesday, May 25, 2016

MISI MENCARI SIPUT BELITUNG

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang misi pencarian siput belitung, aku perkenalkan dahulu apa dan siapa itu siput belitung ni. Cerithidia Obtusa adalah nama saintifik bagi siput belitung atau lebih dikenali dengan nama siput sedut atas sebab caranya yang dimakan oleh manusia dengan menyedut isi siput tersebut dari arah belakang badan siput. Selain itu, ada juga orang panggilnya sebagai siput mata merah yang merupakan sejenis kerangan berasaskan siput air tawar yang halal dimakan disebabkan struktur cangkerang spiralnya yang mempunyai penutup.

Cerithidea obtusa atau mencari siput belitung
CERITHIDEA OBTUSA atau SIPUT BELITUNG

Monday, May 23, 2016

Wednesday, May 18, 2016

RESEPI BUBUR DURIAN SEDAP DAN MUDAH

Musim si raja buah, durian dah mai dah. Tapi harga masih mahal lagi. Durian kampung pun RM15 sekilo. Peniaga-peniaga durian memang tersenyum lebar. Nak nego minta harga kurang sikit pun memang susah la. Tunggu la bulan puasa nanti, bila durian dah berlambak-lambak. Durian dah macam tak dak harga. Satu jaras tu pun boleh jatuh harga sampai RM10 satu jaras. Yang mangkaq-mangkaq tu memang tinggal tepi jalan je la.


durian kahwin di pasar malam
Berlonggok


Sementara nak tunggu harga murah, beli juga la 2 biji durian kat pasar malam semalam. Selain dimakan macam tu je, durian ni sangat sedap kalau dibuat bubur. Cicah dengan roti putih. Sedapnya lahaii.. Tambah-tambah kalau dimakan masa hujan petang-petang. Awal pagi tadi dah siap kopek belah durian. Ada la dalam 20 ulas.

Monday, May 16, 2016

PECAH PELUH DI SAUNA HERBA

Assalamualaikum dan hello semua. Bila tengok geleber-geleber muffin top di perut ni, mulalah nak bermonolog dalaman. Nak dietlah , nak bersenamlah, nak sit up laa.. Fuhhh!!! Banyak betul buah fikiran nak bagi kurang lipid di badan ni. Idea tinggal idea. Monolog hanyalah dalaman. Hakikatnya, nan hado nak buat semua tu. Bukan tak de basikal ke , tali skipping ke. Ada semua tu. Tapi bila penyakit M menyerang, Nak buat sit up pun macam tak reti. Dahsyat betul penyakit M ni. Nak lagi senang pi sauna.

Bercadang minggu lepas nak bagi keluar peluh dengan mandi wap sauna. Iaitu cara cepat dan mudah berpeluh. Tapi tak jadi. Ni petang tadi baru berjaya direncanakan. Ya, sauna memang tidak membakar lemak tetapi kalori. Sikit-sikit. Sauna merupakan sejenis detox. Selain boleh bagi kita relax atau menenangkan fikiran. Ia juga boleh melegakan otot-otot, melancarkan peredaran darah lantas bagi kulit kita jadi berseri-seri dan cantik. Erkk ! Cantik ke? Hiks.


Saturday, May 7, 2016

JAGA TEPI KAIN ORANG

Bila berhadapan dengan orang yang bertanya soalan-soalan seperti berikut:
  1. bila nak kerja?
  2. bila nak kahwin?
  3. bila nak ada anak?
  4. bila nak ada anak seterusnya?
  5. bila nak........?
  6. and the list goes on

kak nam sibuk jaga tepi kain orang lain
BANG YOURSELF !!