Saturday, May 7, 2016

JAGA TEPI KAIN ORANG

Bila berhadapan dengan orang yang bertanya soalan-soalan seperti berikut:
  1. bila nak kerja?
  2. bila nak kahwin?
  3. bila nak ada anak?
  4. bila nak ada anak seterusnya?
  5. bila nak........?
  6. and the list goes on

kak nam sibuk jaga tepi kain orang lain
BANG YOURSELF !!




Sebenarnya aku tak kisah sangat bila orang tanya soalan-soalan klise seperti di atas ni. Kalau tanya tu kira ok la. Consider kaknam2 ni prihatin. *husnuzon sikit please. Kita pun jawablah sepatah diakhiri senyuman seikhlas semanis Snickers. Jawablah jugak kan tu.


Yang buat aku boikot terus si penanya tu bila dia sendiri assume sebab apa kita tak kerja..tak kahwin.. takdak anak. Kata kita memilih la, tak naik tangan la, malas la, ade ke patut? Choppp.. Who the hell are you? Senang lenang kau hakimi aku tanpa soal selidik yang sepatutnya. Tak tahu pucuk pangkal cerita, kau terus konklusikan masalah aku. Terror ah kau ni. Memang aku quit conversation dan berlalu pergi macam tu je.blah. Daripada buat dosa bertekak dengan orang macam tu, baik aku mengelak daripada berjumpa dengan orang macam tu lagi. Siap buat list .over.


Hat orang macam ni memang takde perasaan agaknya? Tak terfikir ke soalan maut dia sensitif bagi yang ditanya tu. Selamba ja tanya orang macam tu..kat public pula tu (kes kat kenduri kahwin, gathering misalnya) .Don't they have other MENSA questions ke? Suka sangat bagi malu sampai orang tu kena perah idea on the spot nak tukar subjek lain. Kalau salah "time", soalan itu diambil kira dengan otak yang tengah serabut (negatif). Bukan bagi harapan, bagi tamparan lagi ada laa. I don't hold grudges. Cuma takkan semesra alam la dengan kau.


Lain orang, lain la kehidupan dia. Jalan cerita hidup semua manusia tak sama. ada masalah macam ni.. ada masalah macam tu. Yes!!! Memanglah ada yang nampak sempurna macam kau. Belajar ok..Grad on time.. keluar2 terus dapat kerja.. setahun kerja dah boleh beli rumah pastu kahwin.. lepas tu dapat anak.. so bersyukurlah. Memang semua orang kalau boleh nak macam tu. 


Tak payah la sibuk nak tanya (peribadi) aku itu ini .. mengata aku ini. Aku tak usik sesen pun duit kau. Yang ajaibnya kan, pakcik-pakcik pun buat perangai macam makcik-makcik.. kepoh 

1 comment:

  1. Kepada yang asyik dengan pelbagai soalan mungkin mereka terlupa seketika bahawasanya setiap orang ada buku takdir masing-masing..setiap ujian pada orang itu atas kehendak Allah..rezeki dia pun daripada Allah(yang sibuk bersoal)...bila asyik bertanya...sentiasa mempertikai itu tanda mempersoalan kuasa Allah..takdir intipati qada dan qadar..jangan sampai asyik mempersoal urusan orang lain mencacatkan iman sendiri..

    ReplyDelete