Monday, May 16, 2016

PECAH PELUH DI SAUNA HERBA

Assalamualaikum dan hello semua. Bila tengok geleber-geleber muffin top di perut ni, mulalah nak bermonolog dalaman. Nak dietlah , nak bersenamlah, nak sit up laa.. Fuhhh!!! Banyak betul buah fikiran nak bagi kurang lipid di badan ni. Idea tinggal idea. Monolog hanyalah dalaman. Hakikatnya, nan hado nak buat semua tu. Bukan tak de basikal ke , tali skipping ke. Ada semua tu. Tapi bila penyakit M menyerang, Nak buat sit up pun macam tak reti. Dahsyat betul penyakit M ni. Nak lagi senang pi sauna.

Bercadang minggu lepas nak bagi keluar peluh dengan mandi wap sauna. Iaitu cara cepat dan mudah berpeluh. Tapi tak jadi. Ni petang tadi baru berjaya direncanakan. Ya, sauna memang tidak membakar lemak tetapi kalori. Sikit-sikit. Sauna merupakan sejenis detox. Selain boleh bagi kita relax atau menenangkan fikiran. Ia juga boleh melegakan otot-otot, melancarkan peredaran darah lantas bagi kulit kita jadi berseri-seri dan cantik. Erkk ! Cantik ke? Hiks.



Pusat sauna yang aku pergi ni berlokasi di Bagan Lalang dalam kawasan Butterworth. Pemiliknya yang berusia lebih separuh abad berbangsa Cina. Apek ni la juga yang jadi buruh dok tahan bahang api dok bakar bahan-bahan wap. 99.9% pengunjungnya pun berbangsa Cina. Tak menjadi masalah besar bagi yang beragama Islam. Bukannya ada kandungan haram dalam pusat sauna ni. Ishh!! Yakin sangat aku ni. Ia hanyalah pusat sauna herba yang konvensyional dan juga ada bilik urut. Bukan urut atau sauna yang bukan-bukan tu ye!! Ini lebih kepada tradisional. Pemilik siap perdengarkan lagu- lagu klasik Cina guna pembesar suara. Feeling sangat. Dah rasa macam dekat Shanghai masa tahun 70an nuh. Pada dasarnya, ramuan bahan yang direbus untuk dijadikan bahan wap adalah berunsurkan herba seperti serai wangi, pandan, akar-akar kayu ubat yang biasanya terdapat di kedai senseh.

Bayaran yang dikenakan adalah RM9 bagi seorang. Boleh duduk dari pagi sampai laaa malam. Mampoo? Murah bukan? Pusat sauna ini ada menyediakan dua bilik wap sauna. Satu untuk lelaki. Lagi satu untuk wanita. Sebelah menyebelah. Jangan risau, Its like on a stage actually. Divide into 2 partitions. Bahagian bawah, tempat kita "take 5". Takkan la ko nak duduk dalam bilik wap tu lama-lama. 15 ke  20 minit, keluarlah. Rehat kejap, pastu baru masuk balik. Ko tahan ke nak duduk setengah jam dalam bilik wap tu? Giler? Mati kering nanti. Hahaha. Cakap banyak, tapi satu gambar ni saja yang aku snap. Sebab? Malu nak ambil gambar bila ada orang. Boleh? Lagi satu, Takkanlah nak ambil gambar dalam bilik wap tu. Tak merecik handphone ko? Hihi

Sauna herba Bagan Lalang Butterworth Penang
RUPA SEBENAR


Di sini juga ada dijual air kelapa muda , air minuman sebagai pengganti cecair badan yang banyak hilang sewaktu proses perpeluhan (teringat belajar Sains dulu-dulu) dan buah potong. Untuk makluman, tuala tak disediakan untuk pengunjung. Faktor hygiene rasanya. Jadi, sila bawa tuala sendiri ya. Kalau nak tukar pakaian atau cuci badan ke, jangan risau. Ada je changing room dan tandas.

Bagi yang sauna virgin tu, ini perkara yang aku cadangkan untuk diambil tindakan.
  • Mandi atau bersihkan dulu badan anda. Sila tanggalkan contact lens.
  • Pakai pakaian yang sesuai. Lelaki dengan seluar pendek & shirtless. Perempuan tu, yang tutup la ye. Jangan nak pakai 2 pieces sudehh. *Alert. Wanita mengandung tidak dibenarkan masuk sama sekali.
  • Dalam bilik wap yang normal mesti ada bench. Nak duduk tu boleh, tapi pastikan berlapik. Contohnya guan tuala untuk elakkan kulit kita terkena bangku tu secara direct. Sebabnya kat situ kan dah banyak orang duduk, pastinya ada macam-macam. Hygiene please!!
  • Sebenarnya, sauna ni kita kena rileks je. Barulah liang pori-pori kulit akan terbuka. Macam berdiri atau duduk setempat ke. Tak payah la gigih nak exercise bagai dalam tu. Sauna bukan gym.
  • Bagi yang boleh tahan duduk lama-lama dalam bilik wap tu kira hebat la. Bagi yang tak tahan tu, lepas 10 ke 15 minit dah boleh keluar rehat kejap. Jangan nak tunjuk power sangat. Takut satgi pening pulak.
  • Ini yang aku alami sendiri. Bila wap macam berkepul banyak sangat, ada Uncle X(bukan nama sebenar) akan buka pintu atau tirai tu sat bagi wap keluar sikit.
  • Minum.. minum.. minum.. dan minum air. 

Anda pasti akan tidur lebih nyenyak di malam hari. Sure punyer laa. Tapi ada juga orang tu demam. hihihi. Uncle Y (bukan nama sebenar), pengunjung tegar di situ cakap , " Kita tak boleh nak sauna kerap-kerap.. 2 kali dalam seminggu ja. Bagi lelaki, nanti akan jadi kurang subur macam mana ntah". Hahaha.. So apa lagi guys? Lets berpeluh di sauna.



8 comments:

  1. Salam..blh bg alamat tempat ni?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. alamat 8601 bagan lalang, 13400 Butterworth. Dekat kawasan Banguan Garment (BGM) Bagan Lallang , Sungai Puyu.

      Delete
    2. Boleh bgi number fon boleh kmi skg otw pie

      Delete
  2. Pls put Facebook, people looking come fast good place enjoy sauna body

    ReplyDelete
    Replies
    1. This sauna is not belong to me. I just a customer.

      Delete
  3. Cherished your post. Excellent producing. I felt the sauna warmth. What a deal with!  saunajournal.com

    ReplyDelete