Sunday, May 29, 2016

GUNA INCOGNITO TAB

Melayari laman sesawang tanpa sejarah pelayaran diingati oleh komputer. Itu Bahasa Melayunya. Macam pelik sikit bunyi bila aku translate sendiri. Tapi itulah incognito tab

buka internet guna incognito mode
SYHHHHH


Bagi yang arif tentang fungsi-fungsi tambahan pelayar internet (browser), contohnya Safari, Google Chrome, Mozilla Firefox (sekadar menyebut yang popular). Anda mesti tahu kegunaan Incognito tab kan? Aku terangkan, bila kita buka browser dalam mode incognito, Browser tu takkan ingat langsung laman web apa yang kita masuk atau lawati. Kalau dalam mode normal, browser akan ingat, yang tu akan ada dalam historyIncognito ni kiranya macam kalau kita tak nak orang yang berkongsi penggunaan komputer dengan kita tahu laman web apa yang kita bukak. Dalam erti kata lain, privacy.

Tapi privacy nya SETAKAT TAHAP ITU SAJA. Kalau untuk diaplikasikan pada komputer di rumah atau yang hanya menggunakan modem network yang normal tu boleh laa. Tapi tidak untuk kegunaan komputer-komputer di pejabat-pejabat atau syarikat yang ada Network Admin yang mana ada router yang lebih advance. Ini sebab, kemungkinan ada monitoring. Di mana, bos-bos tak mau pekerja-pekerja depa dok mengular tak buat kerja. Tak fokus pada kerja.

Laman web yang anda layari dalam mode incognito atau normal boleh dikesan (trace) sebab anda menggunakan network syarikat atau pejabat. Tambah bila guna LAN cable. Siap boleh tahu komputer mana yang sedang high usage data. Inilah yang dikatakan monitoring. Network admin yang ditugaskan boleh mengesan tinggi rendah kadar penggunaan internet dalam satu-satu masa. Contohnya, kalau tonton video di Youtube atau video live streaming ka. Yang tu memang tinggi. Sebab nak kena download banyak.

Ada kes di mana,Network Admin boleh download balik apa yang kita download kat komputer kita. Sejibik sejibik. Bit by bit. Bytes by bytes. Fuiiyoo. Gilak ahh. Itu pun bergantung kepada kehandalan dan ke"terror"an seseorang admin tuh. Sebab bila adanya monitoring, network direction, tempoh berapa lama kita dekat sesuatu laman web pun boleh dikesan.

Syarikat - syarikat besar biasanya ada monitoring ni bersebab. Antaranya untuk mengelak daripada terkena serangan Malware. Kalau nak privacy sangat, online lah pakai device sendiri dan menggunakan data plan sendirian berhad. 

No comments:

Post a Comment