Saturday, March 26, 2016

RESEPI KERABU SEDAP DAN MUDAH

Resepi appetizer yang mudah dicuba ini adalah daripada air tangan Che Gayah, iaitu my mother . Tapi bukan la main campak-campak aje ye.. kena ada effort la sikit. Kalau semua nak mudah, baik order lauk online je. Resepi kerabu ini sebenarnya boleh ja diguna pakai dengan pelbagai daun atau ulam lain, contohnya cekur yang boleh buang angin dalam badan tu, pegaga, kacang kelisa ,bunga betik atau jantung pisang yang direbus terlebih dahulu dan etc.


Bahan bahan (bajet dalam semangkuk hidangan):

  • daun selom 
  • tauge
  • bawang besar (rasanya, tak guna sampai sebiji dalam saiz hidangan ini)
  • halia (secoet - tak sampai satu inci)

  • kelapa parut (dalam 20 sen camtu)
  • udang kering (10 ke 15 ekor)
  • sambal belacan (ikut tahap boleh tahan pedas masing2 ye. Kalau pedas sangat    pun tak sedap. Sesudu teh kira cukup la)
  • cuka (secukup rasa)
  • kerisik
  • santan

The making

  • Hiris selom bagi halus 
  • Potong mayang bawang besar dan sedikit halia
  • Blend kelapa parut dengan udang kering
  • Masukkan togey
  • Gaul dengan sambal belacan sekali
  • Tambah kerisik dan santan bagi sedap
  • Boh kerang rebus pun lagi sedap



resepi kerabu
KALAU MAKAN DENGAN NASI PANAS2 NI.. PERGHHHH

Ratah macam tu ja pun dah sedap. Try la guys.. 

No comments:

Post a Comment