Saturday, July 16, 2016

CARA SENANG MASAK SPAGHETTI BOLOGNESE SEDAP

Dalam masih mood ketupat rendang di rumah-rumah terbuka sempena Aidilfitri di bulan Syawal ni tentu dah ada yang cemuih kan? Bagi yang nak move on tu, bolehlah mencuba resepi Italian Cuisine yang simple lagi lazat ini. Iaitu Spaghetti Bolognese.


Bahan-bahan
  • Pasta Spaghetti San Remo Vermicelli
  • Daging kisar Ayamas 200 gram [lembu atau ayam] 
  • Sos Spagetti Kimball [dah mencuba brand len, yang ni jugak sedap]
  • Cendawan butang dalam tin Ayam Brand
  • Bawang besar Holland sebiji [bawang besaq biasa pun boleh jaah]
  • Bawang putih 3 ulas
  • Minyak masak
  • Air



bahan-bahan untuk membuat spaghetti bolognese sedap
BAHAN-BAHAN UNTUK SPAGHETTI BOLOGNESE

daging ayam kisar ayamas
TRUSTED BRAND THAT I USE


The making of
  1. Potong bawang besar dan bawang putih serta cendawan butang sehingga halus.
  2. Tumis bawang-bawang tadi sehingga kekuningan.
  3. Asingkan di tepi kuali.
  4. Masukkan daging kisar dan carik-carikkan bagi sampai halus.
  5. Kemudian gaul dengan bawang yang ditumis tadi sehingga sebati.
  6. Tuang sos spaghetti.
  7. Tambah air mengikut sukatan 1 dan setengah botol sos spaghetti tadi.
  8. Masukkan potongan cendawan butang.
  9. Masak sehingga bagi pecah minyak dan tunggu hingga mendidih.
  10. Dalam pada nak tunggu masak kuah tu, boleh la rebus air dulu untuk masak pasta.
  11. Kena rebus pasta selama 20 ke 30 minit untuk memastikan pasta tu betul-betul menjadi Al dente atau bahasa mudahnya lembut untuk digigit dan dingap.
  12. Tuang la kuah spaghetti atas pasta dan baca doa sebelum makan. 


kuah spaghetti bolognese sedap
SIAP

al dente pasta spaghetti
AL DENTE SPAGHETTI
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment