Friday, June 9, 2017

PERGINYA BAIM

Antara makhluk kesayangan Rasulullah S.A.W. , adalah haiwan berbulu iaitu kucing. Orang kata kucing ada 9 nyawa. 9 nyawa di sini bukan bermaksud kucing tu boleh hidup balik selepas mati macam ala2 watak Goku dalam Dragon Ball tu. Lebih kurang macam dah nazak tapi boleh sihat balik. Kalau dah kena langgar dengan kenderaan ape2 tu memang la mati. Macam berlaku kat peneman setia paling manja aku di rumah.



Dia memang suka tidoq macam ni.



Baim namanya. Jantan tapi manja sangat. Bila aku duduk di kusyen ja . Kalau dia masuk rumah ,terus lompat naik duduk atas riba aku. Tak perlu panggil atau bunyikan meow kat dia. Suka sangat kita garu2 bahagian dagunya. Umur dia tak silap aku hampir 4 tahun. Bila malam , kalau aku kunci pintu bilik untuk tidur, dia akan cakar-cakar pintu tanda dia nak masuk naik tidur atas katil sekali. Boleh bayangkan betapa dekatnya dia dengan aku. Sebagai pet lover, agak beremosi la bila kucing kesayangan mati. yang paling manja pulak tu.



kucing mati kena langgar
RIP


Pada malam sebelum kejadian, aku tengah baring atas lantai depan TV. Dia datang kat aku. Duduk bawah ketiak aku, aku cium gomol sekejap. Then dia bangun pergi tidur atas meja tempat tidur dia. Keesokan paginya, waktu nak bagi kucing-kucing makan breakfast , Baim tak dak. Jarang berlaku. Aku tak rasa pape sangat walaupun mencari keliling rumah. Mungkin dia pergi rumah sebelah kot, getus hati kecil ku. 



Dalam pukul 10.30 pagi aku pergi ke kedai naik basikal. Lalu tepi jalan tu nampak ada kucing berwarna oren terbaring terbujur kaku. Aku dah cam sangat saiz dan warna macam tu. Memang dia, Baim. Aku percepatkan kayuhan ke kedai dan balik tu. Terus aku pi ambil Baim yang dah tak bernyawa untuk ditanam di halaman belakang rumah. Itu selayaknya bagi dia yang selama ni aku dok gomoi2 kan. Panas lagi badannya. Darah kat tengah jalan pun masih belum kering. thats mean tak sampai dua jam kot dia kena langgar. Based on darah sedikit yang keluar dari telinganya. Badannya sempurna. Mungkin dia kena langgar sipi-sipi ja kot. Tapi tetap dah mati. Terima kasih kepada insan yang mengalihkan Baim ke tepi jalan.

No comments:

Post a Comment