Tuesday, July 11, 2017

BERKESANKAH YUN NAM ?

Bulan Ramadhan yang lepas , ada segmen dalam program TV3, Wanita Hari Ini yang mengiklankan produk penjagaan dan pemuliharaan rambut Yun Nam. Since aku memang ada masalah keguguran rambut. Diorang suruh sms untuk mendapatkan pemeriksaan kulit kepala dan rambut secara percuma. Aku pun cubalah. Dah dekat pukul lima petang tu, dapat panggilan dari pihak Yun Nam untuk kepastian. Diorang cakap kena tunggu lagi panggilan lagi dua atau tiga hari. Hari Jumaat tu, Yun Nam call lagi. Dan ini untuk temu janji terus. Aku pilih hari Sabtu minggu tu juga.

Pusat Yun Nam berdekatan yang aku pilih adalah di Kompleks beli belah 1st Aveneu , belah pulau nuh. Hahaha. Tu ja pun yang senang dan cepat untuk aku pergi. Sampai ja, aku pusing 1st A tu dalam lebih kurang 15 minit. Lepas tu baru aku pi masuk Yun Nam. Selepas selesai urus pendaftaran, aku kena masuk bilik konsultasi. Kat dalam bilik ni la staff dia periksa kulit kepala dan rambut aku. Macam nak teriak ja tengok kulit kepala dan rambut aku. Skeri hokeyhh. Macam tinggal sisa-sisa je. Aku teriak dalaman, bukan monolog ye. huhuhu.

Then, dia suruh aku pi bilik belakang, untuk cuci rambut. Rupa-rupanya ada bahagian untuk sesi rawatan yang macam salon. Ramai orang rupanya dalam bilik ni. Ditambah pula dengan staf Yun Nam sendiri yang lebih 10 orang aku rasa. Sesi mencuci rambut pun bermula. Kepala aku lunyai dikerjakan staff tu. Dikeronyok, disental, dipicit, dikeruk, diurut, semua adalah. Then, pi la basuh kepala aku. Pastu kena sental lagi. Dalam pada tu, staff tu ada tadah macam penapis untuk tapis rambut aku yang gugur masa proses cuci rambut tadi.


Lepas tu, dia sapu sejenis herba yang kira nak bagi apa entah. Kena tu sejuk ja. Aku rasa ginseng kot. Dah lupa apa yang dia bagitau. Dok dalam 10 minit tu, depa panggil aku ke dalam bilik konsultasi tadi untuk tengok apa masalah sebenar rambut aku. Dia tunjuk la berapa helai rambut aku yang gugur/luruh.
Ya Allah. Macam nak jerit ja time tu. Beratus-ratus helai rambut aku luruh. Yang tinggal pun tak mampu nak cover kepala aku. Sob sob.


Kat sini la staf Yun Nam memainkan peranan untuk menghasut atau cucuk mangsa-mangsa yang tak mampu berkata tidak atau erti kata lain, lemah bila digoda. Termasuklah aku. Hahahaha. Dia bagi kita fikir dulu dalam tempoh herba kat atas kepala aku tu. Lepas aku tengok fail gambar-gambar testimoni tu, aku sungguh yakin yang kalau aku teruskan rawatan susulan, aku akan kembali berambut lebat lagi beralun. Yeahh. Padahal staf tu cakap, pakej yang aku ambil tu hanya untuk memperkekalkan (betoi ka perkataan ni) rambut yang ada. Dan rambut baru lain nak tumbuh tu lambat la sikit. #katanya.


set produk penjagaan rambut yun nam
Set produk penjagaan rambut Yun Nam


Lepas basuh dan keringkan rambut, aku diberikan set penjagaan rambut secara percuma yang dijanjikan tu. Time tu jugak la aku decide untuk pilih pakej mana. Dan bayar. Kaching. Aku masih dalam tempoh rawatan. So kalau berjaya, memang aku akan buat post pasal kejayaannya. Kalau tak, hmmm.. melayang sia-sia la duit tu. Redhoo je la.

No comments:

Post a Comment