Wednesday, April 20, 2016

PETUNIA LIAR


Assalamualaikum.. Hello everyone.!! Tengah bersihkan semak samun belakang rumah pagi tadi, perasan ada bunga di celah-celah rimbunan hijau rumput yang kembali subur sejak dua tiga hari lepas hujan kembali membasahi bumi yang gersang. Sekali imbas macam petunia tapi biasa tengok, petunia bergantungan dalam pasu. Ni sesat sepokok dia ja dalam rumput.


Ruellia tuberosa linn wild petunia
RUELLIA TUBEROSA LINN.


Akar ruellia tuberosa yang berubi
AKAR YANG BERUBI



Dua kali imbas , memang betul la. Tapi jenis liar. Namanya Ruellia Tuberosa Linn. Boleh tumbuh setinggi satu kaki. Kira pokok rumput je la. Jadinya kena cabut buang. Ruellia tuberosa ni ada sesetengah masyarakat , contohnya dalam perubatan Ayurveda jadikannya sebagai remedy atau ubat penawar. Kesahihan keberkesanannya tu tak pasti la pula. Mereka guna bahagian daun dan akarnya yang berubi tu. Rasanya rebus minum la kot kan?

Rupanya depa ni dari keluarga yang sama, iaitu Acanthaceae. Adik beradik dengan Mexican Petunia, yang kini dah membanjiri landskap-landskap di bandar-bandar. Dulu, tak berapa nak nampak sangat pokok ni. Kat kampung-kampung pun jarang ada. Sekarang dah "in" pula pokok Mexican Petunia ni.


mexican petunia Ruellia brittoniana
MEXICAN PETUNIA RUELLIA BRITTONIANA

Ruellia Brittoniana ni sejenis tumbuhan yang cepat membesar dalam suasana panas. Lagi banyak bunga. So, bagi la kena sun exposure. Sesuai la hidup di tanah Malaysia yang beriklim Khatulistiwa .Ketinggian pokok boleh mencecah 3 kaki kalau dijaga dengan elok. Struktur daunya agak tirus memanjang dan berwarna hijau gelap. Ruellia Brittoniana ada tiga ke empat variasi warna. Ungu, violet , merah jambu dan putih. Tapi bunganya tak tahan lama. Kembang awal pagi dan tengah hari dah layu, tak sampai petang dah gugur dari tangkai bunganya.

Pokok ini mudah ditanam dan dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih. Tapi kat rumah, aku tak pernah pula nampak biji benihnya. Asyik keluar kudup bunga je. Disebabkan pokok ini renek dan tak berdahan merewang merata, jadi pokok ni sesuai dijadikan pokok pagaran. Senang ditrim. Suka tengok kalau masa dia berbunga. Meriah ceria je kawasan rumah.

No comments:

Post a Comment