Sunday, April 3, 2016

BIG BAD WOLF PENANG 2016

Rasanya ini merupakan kali ketiga Pesta Jualan Buku Big Bad Wolf dianjurkan di Pulau Pinang. Sebab kelmarin juga kali ketiga aku pi serbu sebab nak beli buku murah. 


big bad wolf book sale
POSTER BIG BAD WOLF PENANG 2016


Menurut apa yang aku baca di wikipedia , Big Bad Wolf ni sebenarnya adalah watak serigala dalam cerita dongeng omputih yang femes "Little Red Riding Hood". Kiranya Wolf ni dok pi serang dan kidnap buku2 di luar negara dan singgah sat dok mai juai kat Malaysia pulak. Sebab buku tu kira barang "panas" , jadinya Wolf tu jual la buku tu dengan harga murah. Boleh camtu? Understand? hahaha


big_bad_wolf_penang_times_square
ENTRANCE MACAM DEKAT , TAPI BAKAQ KALORI LA JUGAK


Pesta buku ni julung kalinya diadakan di Petaling Jaya , Selangor pada tahun 2009. Pastu dah dapat sambutan hangat, depa pun buat la kat negeri2 lain. Kat Penang, venue dia sama ja tiap2 tahun. Tak lain tak bukan , adalah kat Penang Times Square. Dibuka dari 10pagi sampai 10 malam. Tapi aku rasa macam tak sesuai dok buat event kat situ. JEMMMMM.. Dah tau tempat tu macam center of Penang. konfem laaa sesak.. Ada sampai orang mai parking dekat KOMTAR pastu pi jalan kaki pi Times Square tu. Should be buat kat PISA ka.. ok la jugak kan? Sapa yang tak mai lagi tu , mai la lekaihh.. sampai 10 APRIL ni ja.

pengunjung_pesta_buku_big_bad_wolf_ulat_buku
RAMAI ULAT BUKU


Bahan bacaan yang dijual kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Lebih kurang 95% . Iyelaa , dah diimport dari luar negara . Bahan bacaan berbahasa Melayu tu ada, tapi sikit sangat. Novel cintan cintun pun ada jugak. Macam macam genre bahan bacaan ada, daripada fiksi ke ensaiklopedia ,buku aktiviti kanak2 , buku resepi masak , buku untuk tips melancong , buku ajar teknik melukis, fotografi.. Macam-macam lagi laaa.. jenuh nak list.

james_bond,the_wise_woman_this_riser_awakens
ANTARA BUKU YANG ADA


YANG MANA ADA BAUCAR BUKU 1MALAYSIA TU BOLEH LA GUNA



big_bad_wolf_book_fair_plastic_bag
DAPAT 5% DISKAUN KALAU ADA MEMBERSHIP. ISI FORM KAT SITU JA.

No comments:

Post a Comment