Saturday, June 18, 2016

SENARAI LAGU RAYA BEST

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba ni, memang tak meriah raya kalau tak dengar lagu-lagu raya ni kan? Ibarat makan Char Koey Teow tak bubuh cabai jeruk. Kecurrr.. hahaha.. Aku lebih suka dengar lagu raya yang lama-lama. Sangat membangkitkan nostalgia Aidilfitri. Sebab lebih sedap dan ada roh katanya.. Dengan lirik yang betul-betul menunjukkan betapa meriahnya saat raya tu. Tu yang feeling lebih. Tambahan bagi perantau yang berniat nak balik raya. Tentu lagi excited nak balik kampung beraya dengan keluarga tercinta kalau dengar lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong radio. Nak-nak pulak masa tengah kerja. Syahdu je kan?
senarai lagu raya best
ABAIKAN 25 TU !!


Walaupun banyak lagu raya yang lama digubah semula untuk jadi fresh tapi tetap tak sedap bagi aku, bahkan merosakkan lagu raya tu ade la. Something wrong somewhere. Ada juga lagu raya baru atau moden yang best-best. Tapi ada beberapa ketul je la bagi aku yang best pun. Sebab rentak kebanyakan lagu raya moden ni terlalu urban bagi halwa pendengaran aku, so aku reject terus.

Ini antara lagu-lagu raya yang aku syorkan pada korang semua untuk dilayan. Sila google MP3 sendiri ye.

  1. Aidilfitri - Sanisah Huri
  2. Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza
  3. Balik Kampung - Sudirman
  4. Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri
  5. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
  6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
  7. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
  8. Dendang Perantau - P.Ramlee
  9. Di Pagi Aidilfitri - Rosemaria
  10. Kurniaan Di Hari Raya - Feminin
  11. Gembira Bersama Di Hari Raya - Othman Hamzah
  12. Halaman Asmara - Awie & Ziana Zain
  13. Indah di Hari Raya - Ziana Zain
  14. Indahnya Beraya di Desa - Azlina Aziz
  15. Joget Aidilfitri - Ning Baizura
  16. Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah
  17. Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat Exist
  18. Lambaian Aidilfitri - Jamal Abdillah & Saleem
  19. Menjelang Hari Raya - DJ Dave
  20. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza
  21. Nostalgia Aidilfitri -Sharifah Aini
  22. Pulang Di Hari Raya - Noor Kumalasari
  23. Pulanglah - Aishah
  24. Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda Hujan & Raihan
  25. Salam Dunia - M.Nasir
  26. Satu Hari di Hari Raya - M.Nasir
  27. Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar
  28. Selamat Hari Raya - Saloma
  29. Selamat Hari Raya - Sudirman
  30. Selamat Hari Raya - Rahimah Rahim
  31. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
  32. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
  33. Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
  34. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan
  35. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
  36. Setahun Sekali - Amy Mastura
  37. Setitis Cahaya Di Aidilfitri - Aishah
  38. Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
  39. Suasan Hari Raya - Anuar Zain & Elina
  40. Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah M. Amin
  41. Suatu Hari Di Hari Raya - M.Nasir
  42. Warna-Warni Aidilfitri - Nash,Ameng,Amy Mastura,Erra Fazira
So, lagu raya yang mana menjadi favourite korang? 


No comments:

Post a Comment